“Saya Tidak Maafkan.. Saya Hilang Tempat Bergantung” – Isteri Mohammed Zaili, Mangsa Pemandu Mabuk
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tiada isteri yang mampu mengawal emosi mereka selepas mengetahui sang suami yang sentiasa bertungkus lumus mencari sumber rezeki buat keluarga tiba-tiba meninggal dunia dalam keadaan yang agak menyedihkan
Zahlawati Zahlan,47 merupakan isteri kepada arwah Mohamed Zaili Mohamed, yang maut dirempuh oleh seorang pemandu mabuk disekitar 1.30 awal pagi tadi.
Video rakaman orang awam -motosikal mangsa diseret beberapa kilometer dari lokasi kejadian sebelum suspek berhenti di depan stesen LRT Titiwangsa. pic.twitter.com/XlG1fjO0XV
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) May 31, 2020
Tidak akan memaafkan pemandu mabuk tersebut
Menurut Zahlawati dia tidak akan memaafkan pemandu berkenaan memandangkan dia bukan sahaja kehilangan suami malahan kini hilang tempat bergantung.
Tambahnya, arwah melakukan pelbagai pekerjaan sambilan semasa Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) hanya untuk menangung keluarga
“Saya tidak maafkan, nyawa tidak boleh diganti dengan wang, saya kini betul-betul hilang arah.
“Arwah buat pelbagai kerja termasuk menghantar makanan yang ditempah pelanggan melalui perniagaan kecil-kecilan saya.
“Kini saya hilang arah dan punca. Arwah meninggalkan empat anak tiri berusia tujuh hingga 15 tahun dan anak bersama saya berusia enam tahun,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.
Cuba hubungi arwah tapi tidak berjawab
“Dia keluar untuk menghantar makanan di rumah rakannya di Pantai Dalam pada jam 9.30 malam. Kira-kira jam 1.30 pagi saya cuba hubungi arwah sebanyak lima kali namun tidak berjawab, namun panggilan keenam dijawab orang awam yang memaklumkan suami saya terbabit kemalangan.
“Saya terus bergegas ke lokasi dan mendapati arwah sudah tidak lagi bernyawa, dia dilihat terbaring dalam keadaan berlumuran darah,” katanya.
Undang-undang perlu diperketakan bagi elak lebih ramai mangsa
Menerusi laporan Harian Metro lagi, Zahlawati turut mengesa agar kerajaan mempercepatkan pindaan hukuman berat terhadap pemandu-pemandu mabuk demi mengelakkan lebih ramai yang menjadi mangsa.
“Undang-undang perlu diperketatkan, suami saya menjadi mangsa, malah bulan ini saja berapa ramai orang yang tidak bersalah menjadi mangsa?
“Kini saya sudah hilang orang tersayang yang mencari rezeki untuk keluarga. Tindakan perlu diambil dengan segera,” katanya.
Dalam kejadian tersebut, arwah yang menaiki Honda EX5 meninggal serta merta selepas mengalami kecederaan parah di kepala selepas dirempuh dari arah belakang oleh sebuah MPV jenis Nissan Grand Livina dipandu pemandu mabuk berusia 21 tahun.
Lebih menimbulkan kemarahan orang ramai apabila kereta tersebut telah menyeret motor mangsa hampir 2 KM sebelum berjaya ditahan orang awam di bawah jenatan LRT Titiwangsa.