fbpx
Now Reading
Tanda Solidariti, Adidas Sokong Kempen Anti Perkauman ‘Don’t Do It’ Nike

Tanda Solidariti, Adidas Sokong Kempen Anti Perkauman ‘Don’t Do It’ Nike

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Disaat dunia masih lagi memerangi wabak Covid-19, 25 bandar di 16 negeri seluruh Amerika sedang menjalani perintah berkurung.

Namun pelaksanaan ini bukan disebabkan virus maut tersebut, sebaliknya disebabkan demonstrasi dan bantahan besar-besaran yang kemudiannya bertukar ganas susulan kematian George Floyd, seorang lelaki kulit hitam tidak bersenjata yang mati di tangan anggota polis berkulit putih yang dikenali sebagai Derek Chauvin.

Lebih menimbulkan kemarahan orang ramai apabila perlakuan Chauvin menahan dan menekan lututnya di leher Floyd selama hampir sembilan minit sehingga lelaki tersebut tidak lagi bernyawa berjaya dirakam dan kemudian tular di media sosial.

Demonstrasi yang bertukar ganas dan kemudian menular ke beberapa bandar di AS Foto : TheBostonGlobe

Sebagai usaha meredakan ketegangan yang semakin memuncak, jenama sukan gergasi Nike telah mengambil inisiatif mengadakan kempen anti perkauman yang diberi nama ‘Don’t Do It’.

Video kempen yang dilihat sedikit kontra dengan slogan mereka iaitu ‘Just Do It’ telah dikongsikan syarikat jenama sukan tersebut di laman Twitter rasmi mereka,

“Buat pertama kali, jangan lakukannya,” antara mesej yang cuba disampaikan Nike menerusi video tersebut sebagai tanda menolak sebarang sentimen perkauman yang sedang memuncak di sana.

Tindakan Nike ini bukan sahaja mendapat perhatian dari netizen malah seteru perniagaan mereka yakni Adidas.

Yang menariknya sebagai tanda solidariti, Adidas mengenepikan ‘perseteruan’ diantara kedua mereka dengan berkongsi video kempen Nike tersebut di laman Twitter mereka.

Jelas pengurusan syarikat-syarikat ini sama seperti rakyat Amerika yang lainnya menolak sentimen perkauman yang dilihat semakin menjadi-jadi di sana.

Foto : BusinessOfFashion

Perkongsian dari Adidas ini kemudiannya telah mendapat 218k tanda suka dan 69.4 retweets.

Usaha dan inisiatif kedua syarikat gergasi ini kemudiannya dipuji penggemar jenama masing-masing. Tidak kurang juga ada yang mencadangkan agar kedua jenama ini berkolaborasi agar suara mereka lebih didengari masyarakat AS.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.