fbpx

“Fizi Dah Insaf, Jangan Marah Lagi.. ” – Kontroversi Dialog Upin-Ipin, Fizi Minta Maaf [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini satu karakter Fizi dalam animasi Upin-Ipin untuk episod khas bersempana raya telah mengundang kecaman peminat animasi tersebut di Indonesia.

Difahamkan semuanya gara-gara dialog yang digunakan Fizi “Kalau tak ada ibu, tak adalah syurga.” sewaktu berbual bersama Upin dan Ipin.
Kalau tak ada ibuDifahamkan semuanya gara-gara dialog yang digunakan Fizi “Kalau tak ada ibu, tak adalah syurga.” sewaktu berbual bersama Upin dan Ipin.

Susulan dari itu komen ‘Fizi is cancelled’ menjadi tular di laman sosial terutama Twitter. Mereka kemudiannya menggesa agar Fizi membuat permohonan maaf kepada Upin dan Ipin.

Terbaru petang tadi, Fizi tampil membuat permohonan maaf menerusi satu video yang dikongsi di saluran Youtube rasmi Les’ Copaque Production Sdn Bhd

Menerusi video berdurasi 5minit tersebut Fizi mengakui kesilapannya dan menyesal dengan keterlanjuran katanya kepada adik beradik kembar tersebut.

“Saya Fizi, nak minta maaf pada Upin dan Ipin di atas apa yang sudah dikatakan. Saya tak sengaja nak cakap macam itu. Lepas kena cubit dengan Mail, saya (Fizi) dah insaf. Harap jangan marah dengan Fizi lagi ye,” katanya.

Upin dan Ipin bagaimnapun menyambut baik permohonan maaf tersebut dan berkata mereka sudah lama memaafkan ketelanjuran kata sahabatnya itu.

Saksikan video tersebut di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.