Bekas Miss Universe Malaysia, Samantha Katie James Minta Maaf
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kecoh di media sosial apabila Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James memuat naik kenyatan yang dilihat berunsur perkauman terhadap orang berkulit gelap di Instagram.
Ia bukan bukan sahaja menimbulkan rasa tidak puas hati netizen, malah rakan industri yang juga sahabat rapatnya, Alicia Amin dan rapper terkenal Caprice turut meluahkan perkara sama.
Selepas teruk dikecam teruk, Samantha akhirnya tampil membuat permohonan maaf di laman Instagram miliknya.
Menerusi permohonan maaf itu, Samantha mengakui yang dia gagal dalam menyampaikan mesej dengan baik kepada netizen sehingga kenyataan “black people choose to be black” dan “to the black people, relax, take it as a challenge, it makes you stronger”, menaikkan kemarahan ramai.,
Menurutnya lagi, dia sepatutnya menggunakan perkataan berlain berbanding menggunakan ayat tersebut dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kenyataan tersebut
Dalam pada itu dia juga mengakui bahawa dia adalah anak kacukan diantara ibunya seorang Cina Malaysia dan bapanya warga Brazil dan dibesarkan ibu angkat yang berbangsa India Malaysia.