fbpx

Bukan Untuk Kanak-Kanak & Wanita Hamil , Pinggan Viral Tak Selamat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda masih ingat ‘pinggan viral’ siap dengan corak cantik dan berwarna-warni pernah menjadi kegilaan ramai kaum ibu suatu masa dahulu.

Masakan tidak, letak sekejap sahaja di mana-mana pasti habis disambar peminatnya. Belum lagi dikira mereka yang sanggup keluar seawal pagi dan beratur panjang hanya mahu mendapatkannya.

Namun disebabkan bentuknya yang cantik dan menarik  pinggan mangkuk ini masih lagi digilai sehingga amai orang tiidak menyedari yang ia sebenarnya tidak selamat untuk digunakan.

Public Health Malaysia menerusi laman Facebook mereka mengingatkan orang ramai bahawa pinggan mangkuk viral yang berasaskan seramik ini sebenarnya dihasilkan menggunakan plumbum.

Foto : Sinar Harian

“Bahan yang mengandungi plumbum telah lama digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan produk seramik yang bercorak dan berwarna warni,” tulis PHM menurut posting tersebut.

Ciri-ciri pinggan mangkuk yang mungkin mengandungi plumbum :

  •  Pinggan yang dibuat secara tradisional dengan tanah liat
  •  Pinggan dengan corak yang dilukis dan menarik
  • Permukaan pinggan yang tidak rata, anda dapat rasa corak yang dilukis dengan tangan
  •  Pengilang yang tidak diketahui (bukan jenama yang diketahui)
  •  Pinggan dengan pelbagai bentuk

Jadi merujuk kepada perkongsian PHM tersebut, pingan bercorak viral yang dijual di pasaran ketika ini kebanyakannya mempunyai semua ciri-ciri diatas bukan?

Namun apa itu plumbum?

Plumbum adalah sejenis logam berbahaya yang perlu diuruskan dengan baik bagi mengelakkan keracunan kepada orang ramai.

Plumbum boleh masuk kedalam sistem badan manusia melalui banyak cara antaranya melalui air dan hidu. Kesan keracunan boleh menyerang sistem saraf yang menyebabkan koma dan kematian.

Elak dari menggunakannya

Justeru, demi keselamatan PHM menasihatkan orang ramai terutamanya peminat pinggan viral untuk mengelakkan diri dari menggunakan pinggan tersebut.

Malah menurut mereka, pinggan mangkuk tersebut hanya selamat untuk digunakan sebagai hiasan sahaja.

Gunakan pinggan putih tanpa corak atau corak di luar pinggan

Menerusi posting tersebut mereka turut menyarankan orang ramai untuk menggunakan pinggan putih tanpa corak atau pinggan mangkuk yang coraknya berada di bawah atau luar

Jika masih mahu menggunakan elakkan perkara ini :

  • Elakkan meletakkan makanan panas
  • Jangan panaskan atau masuk ke dalam ketuhar, microwave
  • Jangan simpan makanan terlalu lama
  • Jangan letak makanan berasid seperti tomato, limau, teh, kopi dan jus buah
  • Elakkan basuh dengan sabun, menyental permukaan pinggan dengan dawai kerana ia akan merosakkan permukaan dan menyebabkan bahan plumbum lebih mudah bocor
  • Jangan hidangkan untuk kanak kanak dan warga hamil

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.