fbpx
Now Reading
“Ini Orang Panggil ‘Accident On Stage’” – Ernie Zakri Backup Isu Nabila Razali ‘Terkucil’

“Ini Orang Panggil ‘Accident On Stage’” – Ernie Zakri Backup Isu Nabila Razali ‘Terkucil’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama penyanyi Nabila Razali menjadi topik hangat netizen sejak beberapa hari lalu gara-gara nyanyiannya yang sedikit ‘terkucil’ sewaktu persembahan live lagu ‘Peluang Kedua’ di program Meletop Mega Raya Ria.

Ekoran dari itu rata-rata netizen mempersoalkan tahap kemampuan vokal penyanyi itu sewaktu beraksi Live.

Dia yang gagal dihubungi kemudiannya tampil memohon maaf menerusi laman IG kepada semua peminat dan penonton kerana gagal membawakan lagu tersebut dengan baik.

Perkara biasa buat penyanyia

Terbaru penyanyi dan guru vokal, Ernie Zakri tampil mempertahankan rakannya itu dan menjelaskan insiden yang terjadi pada Nabila itu adalah satu perkara biasa buat seorang penyanyi.

Malah, menurut Ernie dia sendiri pernah berdepan situasi sama dua tahun lalu.

“Perkara macam ini adalah sesuatu yang normal bagi semua penyanyi bukan saja saya atau Nabila. Untuk semua penyanyi saya pasti semua pernah berlaku kesilapan atas pentas. Apa saja tak kisah dari sudut suara, lirik dan terjatuh. Ini orang panggil ‘accident on stage’.

“Cuma nasib saya dan Nabila apabila menyanyi dalam program siaran langsung. Orang menonton dan terus perkatakan.

Mungkin ada yang sama tapi bukan secara langsung di TV

“Mungkin ada juga pernah tercekik atau ‘accident on stage’, tapi persembahan luar dan bukan secara langsung di TV,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa Ernie turut berharap agar Nabila kembali bangit dan tidak terlalu memikirkan apa yang dikatakan orang ramai terhadapanya

“Dalam industri ini kita kena sentiasa positif dengan semua kawan-kawan artis. Saya sokong Nabila dan apa saja dia buat. Kesilapan boleh saja berlaku. Saya berasakan kalau warganet cakap apa pun, itu pilihan mereka.

“Saya tak boleh kata jangan kutuk dan hentam kami. Tidak boleh kerana mereka ada hak untuk perkatakan. Cuma sebagai penyanyi kami ditugaskan untuk menyanyi dan menyampaikan tanggungjawab. Macam kerja lain juga, mesti ada sedikit kesilapan. Kami juga manusia biasa.

“Tak bermaksud sebagai penyanyi tak boleh ada ‘kemalangan’ di pentas. Ia akan berlaku bila-bila masa saja. Cuma, kita kena belajar dari kesilapan. Itu saja,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.