fbpx
Now Reading
“Tulis Berhemah Kerana Ia Cerminkan Keperibadian”- Nabila Razali ‘Sekolahkan’ Netizen [Video]

“Tulis Berhemah Kerana Ia Cerminkan Keperibadian”- Nabila Razali ‘Sekolahkan’ Netizen [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

“Bagaimana keluarga mereka besarkan mereka sehingga mereka sanggup menggunakan kata-kata yang kejam kepada orang yang mereka tak kenal.

“Tulis komen berhemah kerana ia mencerminkan keperibadian sendiri”

Itu yang disuarakan penyanyi Nabila Razali ketika tampil di satu video yang dimuat naik di saluran youtube miliknya pagi rabu.

Meskipun tidak menghiraukan komen-komen kasar yang dilontarkan segelintir netizen susulan dari insiden nyanyiannya di satu persembahan live yang sedikit terkucil ,Bella tetap menyifatkan segala bahasa kasar seperti kejian dan makian tersebut sebenarnya mencerminkan keperibadian individu terbabit.

Berterima kasih kepada penyokong dan peminat

Menerusi video sama Bella turut menzahirkan rasa terima kasih kepada peminat dan penyokong yang tampil memberikan sokongan saat dirinya di bawah.

“Saya bersyukur kerana ramai juga yang mengirimkan mesej peribadi di Instagram dan WhatsApp. Malah ada yang menghubungi dan datang ke rumah kerana mereka ambil berat mengenai saya. Saya hargai semua itu.

“Apabila perkara ini (dikecam) berlaku, saya sedar siapa sebenarnya kawan. Ini adalah realiti kehidupan. Waktu kita di atas, kita dipuji dan bila di bawah, dikeji,” katanya.

Masih ada ruang untuk perbaiki diri

Dalam masa sama Bella turut merasakan insiden berkenaan berkemungkinan terjadi kerana kurang persediaaan sebelum membuat persembahan namun dia optimis boleh memperbaiki diri.

“Saya bukan nak tegakkan benang yang basah. Ia memalukan dan saya kesal dengan apa yang berlaku. Saya kurang memanaskan suara, pemakanan dan sebab lama tak buat persembahan.

“Pada malam itu, saya memang sangat gementar kerana ramai yang meletakkan harapan untuk saya buat persembahan terbaik. Saya sedar akan kesilapan saya dan saya terima komen-komen dengan hati terbuka.

“Saya tak salahkan mana-mana pihak dan saya jadikan apa yang berlaku sebagai iktibar. Ada ruang untuk saya perbaiki diri,” katanya.

Dia turut mengingatkan rakan artis yang lain supaya tidak tertekan sekiranya menghadapi perkara yang sama sepertinya dimasa hadapan.

Mereka tak beli muzik dan tiket anda

“Kepada rakan artis, yang kutuk-kutuk itu, mereka tak beli muzik kalian, tak beli tiket untuk menonton filem kalian, tak sokong drama lakonan kalian, tak beli tiket untuk tonton teater kalian.

“Kenapa perlu untuk kita terlalu fikirkan mengenai mereka ini. Teruskan untuk buat apa yang kita boleh buat, tetapkan matlamat dan capai impian kita kerana di penghujung hari, ada peminat, keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa sokong dan percaya dengan diri kita,” jelas Bella panjang lebar.

Tonton video tersebut di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.