fbpx
Now Reading
35 Tahun Menanti, Makcik Ini Sujud Syukur Terima Lesen Dari Menteri Wilayah

35 Tahun Menanti, Makcik Ini Sujud Syukur Terima Lesen Dari Menteri Wilayah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10158193992976718&set=pcb.10158193993081718&type=3&__tn__=HH-R&eid=ARCsuDDjaL1FCpEC-NUI7UghuaoyWNj5VRCowdvZSWfGrV9HWwrtxpLbdhyb4x8PQpY_KHgij1G5y3Iw

Siapa menyangka selepas 35 tahun menanti hasrat seorang wanita untuk mendapatkan lesen perniagaan akhirnya tercapai hari ini.

Lebih istimewa dimana lesen itu disampaikan sendiri Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa yang beberapa hari lalu terjumpa dengannya dan mendapati makcik ini tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah.

Makcik tersebut, Minah Awang atau lebih mesra dengan panggilan Che Nah memaklumkan yang dia sering turun naik ke pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini untuk mendapatkan lesen perniagaan.

Nasib bagaimanapun tidak menyebelahinya kerana beberapa kali permohonan terdahulu ditolak antaranya disebabkan pembekuan permohonan lesen dan banyak lagi.

Namun semua ini terbalas selepas menerima kunjungan Annuar Musa hari ini yang membuka ruang kepadanya untuk berniaga secara sah.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Tan Sri Annuar Musa kerana membantu mendapatkan lesen ini. Ia hadiah istimewa kepada saya,” katanya sambil mengalirkan air mata selepas menerima lesen berkenaan.

Menerusi Facebook seorang lelaki Helme Hanafi berkongsi kepada orang ramai kisah Che Nah . Menurutnya Che Nah yang dulu berniaga bersama suaminya bagaimanapun kini bersendirian selepas kematian suaminya.

“Che Nah ibu tunggal yang memandu sendiri mini van dari Paya Jaras ke Bukit Damansara setiap pagi untuk berdagang juadah pagi. Che Nah adalah ikon melawan kemiskinan bandar.

“Dulu berniaga bersama suami… selepas suami meninggal dunia beliau berdagang sendiri… gigih memasak dan menjual setiap hari” tulisnya di Facebook.

Tambahnya lagi polisi baru DBKL di bawah kendalian Menteri Wilayah kini adalah untuk menyemarakkan kempen perlawanan melawan miskin bandar.

“Ramai lagi penjaja yang gigih berniaga, tapi tiada lesen, boleh mohon dengan DBKL, akan dipermudahkan, yang penting mahu berusaha..

“Polisi kemanusian ini diterapkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan TS Annuar bagi menyemarakkan kempen perlawanan melawan miskin bandar ” tulisnya lagi.

Dalam pada itu Anuar berkata, pihaknya ingin menjadikan kisah Che Nah gigih yang berniaga kuih muih, nasi dagang dan nasi kerabu sebagai contoh kepada orang lain untuk mencari rezeki di sebalik kesusahan hidup dialami.

“Kita bagi bukan pada Che Nah seorang, ramai lagi. Saya akan buat pengumuman nanti berapa tempat yang kita akan benarkan seperti yang saya katakan ada 103 lot di Berjaya Times Square,” katanya.

Terdahulu kisah Annuar Musa menjadi tular selepas perkongsian Menteri Wilayah itu di Twitter tanpa sengaja bertemu Che Nah yang sedang meniaga. Saat disoal Che Nah bagaimapun mengakui yang dia tidak memiliki sebarang lesen sah.

Secara santai Annuar dilihat mengucapkan semoga terus maju manakala urusan lesen boleh diuruskan kemudian.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.