Demi PUBG, Wanita Ini Sanggup Tinggal Anak & Suami

Kebiasaannya kaum lelaki yang akan cenderung pada permainan video game. Malah boleh dikatakan ada yang tahap kecenderungannya melampau-lampau sehingga menyebabkan keretakan rumahtangga terutamanya buat mereka yang sudah berpasangan.

Namun lain pula kisahnya di Setiu, Terengganu ini apabila seorang wanita yang didakwa terlalu ketagih bermain PUBG nekad meninggalkan suami dan anaknya yang berumur 3 tahun.

Difahamkan wanita berumur 22 tahun ini telah menghilangkan diri sejak 31 Mei yang lalu.

Merupakan kejadian kedua

Mengakui ada pertengkaran kecil sebelum isterinya hilang, si suami, Apis yang berasal Kampung Pantai Merang, Permaisuri, Setiu,memaklumkan ini adalah kejadian kedua selepas pertama kali isterinya menghilangkan diri pada hujung tahun lalu.

Foto : Astro Awani

“Ini adalah kali kedua dia telah menghilangkan diri macam ni. Yang pertama hujung tahun lepas. Memang kami ada bertengkar sebelum hari dia menghilangkan diri.

Berkenalan dengan seorang lelaki.

Tambah Apis, isterinya yang kerap bermain PUBG juga ada berkenalan dengan seorang lelaki yang padanya mungkin sudah mempengaruhi isterinya

“Ini kerana dia asyik dengan permainan atas talian PUBG dan berkenalan dengan seorang lelaki yang mungkin mempengaruhinya sehingga bertindak sedemikian,” katanya kepada Astro AWANI.

Menurut lelaki ini lagi , dia kesal dengan kejadin tersebut memandangkan anak mereka masih kecil dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu.

Dia yang hanya membuat kerja-kerja di kampung turut memberitahu isterinya dikesan kali terakhir di sekitar Manir apabila motosikalnya ditinggalkan di sebuah pasaraya di kawasan terbabit.

Difahamkan Apis dan keluarga telah membuat laporan polis di Balai Polis Penarik, Setiu berhubung kejadian tersebut dan berharap mana-mana pihak dapat membantu dia mengesan isterinya dengan segera.

“Saya dan keluarga turut risau dengan keselamatannya kerana telah beberapa hari tidak pulang dan tidak tahu di mana dia berada. Harap pihak polis dan orang ramai dapat membantu mencari dia dengan segera,” katanya lagi.


Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

3 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago