fbpx
Now Reading
Memalukan! Artis K-Pop Mohon Rakyat Malaysia Berhenti Persendakan Namanya

Memalukan! Artis K-Pop Mohon Rakyat Malaysia Berhenti Persendakan Namanya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CA8hRBrHl2E/

Jika anda masih ingat sebelum ini terdapat segelintir netizen Malaysia menjadikan panggilan ‘Babi’ yang digunakan penyanyi antarabangsa Dua Lipa kepada ayahnya sebagai lawak sehinga ruangan komen di Instagramnya dipenuhi komen yang meloyakan.

Kejadian sama dilihat berulang lagi dimana mangsa terbaru yang menjadi ‘bahan gurauan’ adalah seorang penari/idol idol yang baru sahaja melakukan debut bersama kumpulan K-pop ,Fly With Me iaitu Babi Fly susulan dari namanya yang unik pada netizen kita.

Boleh dikatakan ruangan komennya penuh dengan mesej dan komen dari netizen tempatan sehingga ada yang meminta wanita ini untuk mengubah nama pentasnya semata-mata kerana sebutan nama ‘Babi’ bermaksud khinzir di negara kita.

Mungkin kerana tidak tahan dilakukan sedemikan Babi kemudiannya bertindak menutup ruangan komennya .

Terbaru a Idol K-pop ini memuat naik perkongsian di Instagramnya meminta rakyat Malaysia yang sebelum ini mempersendakan namanya untuk membaca luahan yang dikongsikannya :

Tambah penyanyi ini lagi, dia kurang mengetahui tentang negara kita Malaysia namun ekoran dari kejadian ini di merasak tidak lagi berminat untuk mengetahui tentang Malaysia.

Dia turut memberi amaran akan menyekat dan melaporkan mana-mana akaun yang masih mengganggunya selepas ini.

Jelas perkara sebegini tidak seharusnya berlaku. Dua kejadian yang berbeza namun motif yang sama ; hanya kerana nama yang digunakan mereka bermaksud tidak baik dalam bahasa kita.

P/s : Hentikanlah tabiat tu ! memalukan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.