Now Reading
16 Jam Bertarung Nyawa, Ardell Aryana Selamat Melahirkan Anak Pertama

16 Jam Bertarung Nyawa, Ardell Aryana Selamat Melahirkan Anak Pertama

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan selebriti Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa yang selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada pagi tadi.

Menerusi Instagram Nadzmi berkongi berita gembira tersebut kepada peminat dan orang ramai.

Menurunya , Ardell yang telah masukkan ke wad bersalin sejak malam tadi terpaksa melawan kesakitan selama 16 jam sebelum akhirnya dapat bersalin secara normal di sekitar jam 2:22 pagi.

“Isteri saya telah selamat melahirkan bayi kami secara normal pada hari Jumaat yang mulia ini. Tak tahu nak cakap mana perasaan tu. Sedih , Sayu , Gembira semua bercampur bila melihat sendiri kesakitan dan perjuangan isteri ” tulisnya di ruangan kapsyen

Dalam masa sama Nadzmi turut menzahirkan rasa terima kasih kepada para doktor yang banyak membantu serta keluarga dan pengikut yang banyak mendoakan kesejahteraan isterinya.

“Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih keluarga kami yang tak tidur tak lekang dengan mendoakan kami  .Terima kasih atas doa baik baik dari kalian semua

Terima kasih doktor kerana sama sama berjuang dengan Ardell,” jelasnya lagi.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019 sebelum berkongsi berita gembira mengenai kehamilan anak sulung mereka pada Disember tahun lalu.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.