
Hasrat Tercapai, Tomok Akhirnya Timang Anak Perempuan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Nampaknya impian penyanyi Tomok dan Isteri, Rahayu Abas untuk menimang cahaya mata perempuan akhirnya dimakbulkan selepas Ayu selamat melahirkan bayi mereka pada malam tadi.
Menerusi Instagram, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan bin Ismail berkongsi foto puterinya yang juga merupakan anak ketiga mereka kepada peminat dan orang ramai
“Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan hari ini.
Alhamdulillah Terima kasih Allah, terima kasih semua atas ucapan dan doa buat isteri dan anak saya,” katanya.

Memetik Harian Metro bayi seberat 3kg itu dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Terdahulu sewaktu ulangtahun ke 8 mereka pada Julai tahun tahun lalu, Ayu berkongsi kepada orang ramai impian mereka iaitu untuk menimang seorang anak perempuan. Pasangan ini disatukan pada 2 Julai 2011 dan sudah dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arrianshah Akid, 8 dan Andrashah Iman, 5.