fbpx
Now Reading
Niat Untuk Mengingatkan, Namun Kisah Silam Diungkit , Lihat Respon Win Faizal Tahir

Niat Untuk Mengingatkan, Namun Kisah Silam Diungkit , Lihat Respon Win Faizal Tahir

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Trend video “#Lathichallenge” memang meletup-letup di media sosial ketika. Pelbagai respons juga diterima mengenai cabaran baru ini di mana ada yang menyukainya dan ada juga yang kurang berkenan dengan cabaran tersebut.

Selepas dua penceramah bebas iaitu Da’i Wan Dazrin dan Pu Syed tampil menegur orang ramai untuk terbaru penyanyi terkenal Faizal Tahir pula tampil memberikan pendapatnya di Twitter.

Jelas Faizal dilihat tidak bersetuju dan tidak menggalakkan orang ramai untuk turut serta dengan cabaran berkenaan.

Namun siapa sangka niat murni nya dibalas seorang pengguna Twitter yang memuat naik foto kontroversi silamnya dimana Faizal Tahir pernah membuka baju sewaktu membuat persembahan sehingga ‘di gam’ selama beberapa bulan.

Sedikitpun tidak melenting sebaliknya tenang menjawab Tweet tersebut dengan menzahirkan terima kasih ke atas individu terbabut kerana mengingatkan. Faizal bagaimanapun mendoakan agar aib individu berkenaan terus tersimpan dan tidak dibuka oleh sesiapa.

FT dalam masa turut menjelaskan yang dia tiada niat untuk membuka aib sesiapa sebaliknya hanya ingin menegur orang ramai mengenai cabaran tersebut bagi mengelakkan orang ramai dari melakukan kesalahan sama seperti yang pernah dilakukannya suatu masa dahulu.

Sampai mati saya takkan perfect

Menurutnya lagi , mungkin kejadian-kejadian tersebut adalah satu cara untuk Allah membuka matanya .

“Banyak perkara yang saya dah lakukan di masa dahulu yang saya langsung tidak banggakan. Namun ia nya ada untuk dipelajari oleh kita semua”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.