fbpx
Now Reading
“Saya Nak Tuan Jadi Saksi Pernikahan Saya Supaya..” – Lelaki Ini Kongsi Sikap Majikannya Yang Wajar Dicontohi

“Saya Nak Tuan Jadi Saksi Pernikahan Saya Supaya..” – Lelaki Ini Kongsi Sikap Majikannya Yang Wajar Dicontohi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai seorang pekerja selain dari bekerja di syarikat yang hebat dan persekitaran yang sihat, ramai juga mengimpikan memiliki majikan yang baik, memahami malah menghargai segala usaha yang dilakukan pekerja mereka.

Baru boleh perform bukan?

Namun menerusi perkongsian seorang pengguna LinkedIn ini, Mohamad Fitree , yang tular di Twitter selepas dikongsikan Azrulazwarsam , dia bukan sahaja mendapat majikan yang baik malah layanan dari majikannya itu membuatkan dia menganggap majikannya itu adalah umpama keluarga baginya.

Mohon berhenti kerja untuk jaga ayah tapi ditolak

Semuanya bermula selepas ayah lelaki ini jatuh sakit yang memerlukan dia untuk meletakkan jawatan dan menjaganya di hospital. Namun permohonannya untuk berhenti ditolak sebaliknya lelaki ini diberi cuti khas selama 1 bulan.

“Ambil cuti 1 bulan. Selesaikan urusan dengan ayah awak. Lepas sebulan kita tengok apa yang perlu dilakukan seterusnya. Tak perlu berhenti dahulu”

Ayahnya meninggal dua minggu kemudian

Namun ketentuan Ilahi, ayahnya meninggal dunia dengan tenang dua minggu selepas berada di hospital.

Majikan yang dimaksudkan Fitree berada di sebelah kirinya dengan berbaju melayu berwarna biru

Kehilangan satu-satu abang dan keluarga terakhir.

Tiga tahun kemudiannya lelaki ini sekali lagi di uji dia mana kehilangan satu-satunya ahli keluarga yang masih tinggal iaitu abangnya.

Hidup seorang diri di dunia tanpa ibu bapa serta adik beradik, Fitree meraskan itu adala perkara paling menyedihkan sehinggakan dia mengalami tekanan perasaan.

Foto sekadar hiasan

Namun majikannya bukan sahaja memberikannya cuti sebulan untuk berehat sebaliknya turut menemani Fitree di sepanjang majlis pengebumian abangnya.

Sejak hari itu, majikan umpama keluarga

Bagi membalas jasa memperingati majikannya, lelaki ini meminta majikannya untuk menjadi saksi sewaktu majlis kahwinnya . Dengan itu nama bos nya itu akan kekal di dalam sijil nikahnya supaya suatu hari nanti dia akan menceritakan kebaikan majikan kepada anak-anak.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.