fbpx
Now Reading
Hanya Dengan 27 Sen Sehari Anda Sebenarnya Membantu Menjaga Alam Sekitar

Hanya Dengan 27 Sen Sehari Anda Sebenarnya Membantu Menjaga Alam Sekitar

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Alam sekitar merupakan anugerah tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Boleh dikatakan kebanyakan penduduk di bumi bergantung kepada sumber-sumber semulajadi ini terutamanya kita manusia.

Jadi ia seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunapakai secara sementara sebaliknya akan terus digunakan dan akan kekal memberi manfaat sehingga beratus-ratus tahun lagi

Bagi menjaga dan memelihara alam sekitar antara kaedah yang digunakan adalah dengan menguruskan dan merawat air sisa kumbahan dan sisa pembetungan.

Foto : Indah Water Konsortium

Kos operasi sebenar

Namun tahukah anda kos sebenar bagi operasi mencuci dan merawat air kumbahan bagi satu isi rumah di dalam negara adalah RM 18 sebulan? Amaun ini bagaimanapun dijangka akan meningkat disebabkan faktor peningkatan kos operasi dan kenaikan kadar inflasi.

Buat masa ini Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) syarikat pembetungan nasional yang diamanahkan untuk membangun dan menyelenggara sistem pembetungan moden dan efisien ini hanya mengenakan caj RM 2-8 sebulan kepada  pengguna dalam merawat air kumbahan satu isi rumah.

Jumlah ini bukan sahaja antara yang terendah di dunia malah sebenarnya tidak mencukupi untuk menanggung kos operasi.

Foto : IWK

Peranan mereka & peranan anda

Bagi memastikan mereka mempunyai aliran tunai yang cukup untuk terus beroperasi dalam menyediakan air yang bersih kepada kita semua, IWK bergantung kepada bil bulanan yang di bayar anda dan kami rakyat Malaysia dan sedikit subsidiari dari kerajaan.

Namun sebagai sebuah entiti yang tidak boleh terlalu bergantung kepada subsidiari kerajaan, syarikat ini sedang berusaha menerapkan polisi  ‘circular economy’ dimana mereka akan membekal dan menjual produk air terawat bagi pengguna industri atau dalam erti kata lain menguruskan sisa tersebut secara lestari.

Dengan cara ini, IWK boleh mengurangkan pergantungan pada kerajaan dalam meneruskan operasi dan dalam masa sama mengekalkan standard kualiti yang tinggi.

Foto : IWK

Galak penggunaan air terawat dalam menjaga alam sekitar

IWK juga sedang meneliti peluang untuk kerjasama dan memperluaskan operasi ke industri berbeza bukan hanya untuk melengkapkan polisi ‘circular enonomy’ yang sedang diterapkan malah untuk menggalakkan penggunaan air terawat dalam menjaga alam sekitar.

Semua ini dilakukan demi kita rakyat Malaysia dan masa depan kita.. Selamat Hari Alam Sekitar Sedunia 2020!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.