fbpx
Now Reading
Hotel Di Langkawi Terima 1000 Tempahan 1 Jam Selepas PM Umum Rentas Negeri Dibenarkan 10 Jun

Hotel Di Langkawi Terima 1000 Tempahan 1 Jam Selepas PM Umum Rentas Negeri Dibenarkan 10 Jun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menggantikan PKPB (bersyarat) bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos ini membuatkan ramai orang menarik nafas lega.

Ini susulan kerajaan memberikan banyak kelonggaran untuk rakyat dalam menjalani aktiviti kehidupan seharian terutamanya membenarkan pergerakan rentas negeri selain membenarkan sektor pelancongan untuk kembali beroperasi.

Percaya atau tidak sektor perhotelan di Pulau Langkawi telah menerima lebih 1,000 tempahan tidak sampai sejam selepas pengumuman oleh PM tersebut.

Menyifatkan perkembangan tersebut sebagai permulaan positif bagi industri pelancongan , Ketua Pegawai Ekesekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir menyasarkan satu juta pelancong domestik akan berkunjung ke Langkawi dari sepanjang 10 Jun sehingga ke penghujung tahun.

Foto : touropia

“Untuk makluman juga, pada jam 4 petang sehingga 4:45 petang tadi kita telah menerima 1,000 tempahan dalam masa sejam.

“Ini adalah rekod, semua hotel-hotel kita telah menerima 1,000 tempahan daripada semua pelancong domestik yang hendak ke Langkawi,” ujarnya.

Zainuddin bagaimanapun menjelaskan terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalusi sebagai contoh penggunaan fasiliti di hotel. Justeru dia merancang untuk bertemu Menteri Pelancongan dan bertanyakan perihal terbabit

“Bermula 10 sehingga 31 Disember kita akan sasarkan 1 juta pelancong domestik ke Langkawi.

Kereta Kabel Langkawi, Taman Tema Langkawi dan Taman Langkawi bagaimanapun belum dibuka kepada orang ramai.

“Tetapi, kita ada sedikit kemusyilan, kita patut jawab (persoalan tentang) fasiliti-fasiliti yang boleh gunakan di hotel seperti kolam renang.

“Orang bercuti bawa anak, bawa keluarga, sudah tentu kita nak gunakan kolam renang tapi dalam pegumuman PM tadi tidak secara terperinci. Saya akan berjumpa dengan Menteri Pelancongan sendiri untuk mendapat garis panduan yang ditetapkan,” katanya lagi.

Bagaimanapun katanya, pusat peranginan seperti Kereta Kabel Langkawi, Taman Tema Langkawi dan Taman Langkawi masih belum dibuka kepada umum

Sumber gambar : goibibo

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.