fbpx
Now Reading
Budak Pakai Baju Angkasawan Elak Jangkitan Covid-19 Tarik Perhatian Netizen

Budak Pakai Baju Angkasawan Elak Jangkitan Covid-19 Tarik Perhatian Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CBD1vTaFHGR/

Penularan wabak Covid-19 sememangnya menggerunkan, meskipun ianya dilihat sedikit reda terutama di tempat bermulanya wabak berkenaan iaitu China namun segelintir rakyat di sana masih mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan dijangkiti virus maut tersebut.

Antara golongan yang paling berisiko tinggi dijangkiti wabak berkenaan adalah kanak-kanak justeru pakar perubatan menyarankan agar ibu bapa sentiasa peka dan mengambil langkah selamat dengan memastikan kanak-kanak terus kekal di rumah atau hanya keluar dengan perlindungan yang sepatutnya.

Namun tindakan seorang ibu yang menyarungkan pakaian sut angkasawan siap dengan pelindung muka kepada kedua orang anaknya sebagai langkah keselamatan telah menarik perhatian netizen.

Malah sut berkenaan turut dilengkapi empat tiub hiasan yang disambungkan pada sisi baju, seolah-olah ianya dilengkapi bekalan oksigen.

Klip video yang mempamerkan keletah kedua beradik yang berjaya di rakam di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, pada mulanya di muat naik oleh sebuah laman instagram popular, passenger shaming sebelum menjadi tular di media sosial.

Ramai yang terhibur dengan video berkenaan namun dalam masa sama memuji usaha si ibu dalam memastikan anaknya dalam keadaan yang selamat dan terlindung.

Malah terdapat segelintir yang terinspirasi dengan video terbabit dan ingin membuat perkara yang sama terhadap anak mereka.

Tonton video tersebut di bawah :

Yangpelindunini memakai baju yang mempunyai empat tiub hiasan yang disambungkan pada sisi baju, dilengkapi dengan pelindung muka telah berjaya mencuri tumpuan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.