
Netizen Luah Rasa Kecewa Tiket Sehala Ke Sabah Sarawak Cecah Ribuan Ringgit
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang menggantikan PKPB bermula 10 oleh YAB Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad lepas benar-benar melegakan ramai pihak.
Ianya diputuskan susulan penurunan jangkitan wabak Covid-19 yang semakin menunjukkan tanda positif.
Ini menandakan kita berada dalam proses pemulihan justeru memberikan lebih banyak kelonggaran untuk rakyat menjalani aktiviti kehidupan seharian antaranya perjalanan rentas negeri.
Justeru ada yang bercadang untuk melancong manakala ramai yang bercadang untuk pulang ke kampung bertemu keluarga apatah lagi terdapat 3 perayaan besar baru-baru ini yang terpaksa disambut sederhana dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Namun sosial media semalam kecoh dimana ramai netizen meluahkan rasa kecewa disebabkan harga tiket penerbangan sehala untuk pulang ke Sabah dan Sarawak telah meningkat secara mendadak sehingga mencecah ribuan ringgit .
Bermula dari satu ciapan topik berkenaan kemudian menjadi panas dengan pelbagai respons . Ada yang merasakan perkara berkenaan wajar dan ada yang merasakan terbeban memandangkan pengangkutan udara satu-satunya jalan untuk menghubungkan antara semenanjung dan sabah sarawak
MAS and AirAsia, I truly understand your needs to cover the loss of your business for the past 3months but to double & triple your air tickets until next year is a bit too much, don’t you think?
— 𝖍𝖆𝖋𝖊𝖊𝖟 (@hafeezpen) June 8, 2020
3k pergi balik KL – Miri
3k return.
— terpaling frequent flyer (@rizarul) June 9, 2020
Pergi Miri pulak tu.
Ini masuk technical punya kira.
MYY load factor kecik. Tak macam BKI, KCH, PEN, LGK. Flight pun tak banyak.
Orang nak keluar masuk pun tak seramai tmpt lain. Aku cuma boleh cakap, MYY tiket mmg mahal dari dulu. Now? Mmg lg mahal la. pic.twitter.com/2PsnoATSrS
RM 800 Pergi balik KK-KL
Sebelum ni at least sebulan skali ak fly balik smenanjung..kdg2 2 minggu skali fly..lumrah pjj..lepas ni kalau nak balik ak kena fikir utk RM1k hanya utk tiket flight..belum kira kos dr airport nak ke perak dan lain2 kos..gila babi mahal.. pic.twitter.com/7J2ixISTRP
— hafidz dz (@hafifyhafidz) June 4, 2020
Malah ramai turut meluahkan harga ke Sabah Sarawak dilihat lebih mahal berbanding penerbangan keluar negara seperti ke Jepun Korea dan sebagainya.
@MAS @AirAsia need to see this. tiket nak ke sabah/sarawak je macam nak ke japan. baik fly pegi japan instead.
— yaz ahn. (@yzmnrdzn) June 8, 2020
Meskipun bersimpati dengan sektor penerbangan yang terjejas teruk, segelintir netizen merasakan kenaikan berkenaan bakal membebankan golongan pelajar terutamanya mereka yang terpaksa merentas jauh dari Sabah Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya memandangkan sektor pendidikan juga bakal bermula tidak lama lagi.
Sektor pelancongan di Sabah Sarawak juga bakal terjejas
Jadi apa pendapat korang dalam hal ni ? Yang nak pulang ke kampung atau melancong pasti akan terfikir berkali-balik balik bukan?
Meskipun begitu , setakat ini belum ada lagi penjelasan atau pengumuman dari syarikat-syarikat penerbangan Malaysia berkenaan isu ini.