fbpx
Now Reading
Selain Duit RM 50 E-Wallet & Data 1GB Percuma, Ini Inisiatif PENJANA Yang Patut Korang Tahu

Selain Duit RM 50 E-Wallet & Data 1GB Percuma, Ini Inisiatif PENJANA Yang Patut Korang Tahu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) sebagai usaha menangani impak pandemik (Covid-19).

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu perutusan khas mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara Jangka Pendek yang diadakan di Putrajaya.

Bagi memudahkan anda selain dari e-wallet RM 50 yang boleh ditebusi menerusi aplikasi MySejahtera dan internet 1GB setiap hari yang sudah di ketahui oleh orang ramai,di bawah kami senaraikan beberapa lagi inisiatif Penjana yang patut anda semua tahu.

Data Internet percuma 1GB

Internet percuma oleh Telco sehingga 1GB dari 8 pagi hingga 6 ptg bagi tujuan pendidikan, berita dan persidangan video

Pas Bulanan Perjalanan MY30

Kerajaan memperkenalkan pas perjalanan MY30 secara bulanan tanpa had dengan kadar RM30 sebulan bagi semua penggunaan perkhidmatan awam (MRT, LRT, Monorel), BRT, bas RapidKL dan bas pengantara MRT di Lembah Klang.

Secara ringkasnya dengan pas perjalanan MY30 anda boleh menaiki kesemua perkhidmatan awam di atas di Lembah Kelang unlimited berulang kali selama sebulan

Pengecualian Cukai kereta

Bagi merancakkan lagi sektor automotif negara, kerajaan akan mengecualikan cukai jualan sepenuhnya bagi kereta penumpang pemasangan tempatan (CKD) dan 50 peratus bagi model pemasangan import (CBU).

Pengecualian cukai ini bermakna harga kereta akan mengalami penurunan antara 3-9% berdasarkan pengiraan cukai jualan yang perlu diketepikan oleh pengeluar.

Bantuan OKU & Ibu Tunggal

Golongan orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal akan menerima bantuan sekali beri atau ‘one-off’ sebanyak RM300 bagi meringankan beban golongan tersebut berdepan impak COVID-19 dijangka disalurkan sebelum Aidiladha

Golongan orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal akan menerima bantuan sekali beri atau ‘one-off’ sebanyak RM300 bagi meringankan beban golongan tersebut berdepan impak COVID-19.

E-wallet RM 50 Percuma

Untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan bayaran tanpa sentuh, kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet rakyat Malaysia.

Menerusi inisiatif ini, orang ramai juga akan mendapat tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-dompet.

Wang ini boleh dituntut menerusi aplikasi MySejahtera dijangka diterima pada bulan Julai

Namun untuk sementara ini mungkin tangguhkan dahulu kerana aplikasi MySejahtera ketika ini sesak susulan trafik yang terlalu tinggi.

Elaun latihan


Peruntukan RM2 billion untuk program peningkatan kemahiran tenaga kerja buat mereka yang sedang menganggur.

Elaun latihan sehingga RM 4000bagi individu yang dibuang pekerjaan di bawah PERKESO . Juga terbuka untuk mereka yang tidak mencarum

Subsidi Penjagaan Anak

Bagi memudahkan pekerja yang bekerja dari rumah, kerajaan akan membantu ibu bapa melalui subsidi dan insentif perbelanjaan perkhidmatan penjagaan anak termasuklah pemberian e-Baucar bernilai RM800 untuk mendapatkan pengasuh secara dalam talian dan ia boleh dituntut sehingga penghujung Ogos 2020.

Geran secara ‘one-off’ sehingga RM5,000 juga disediakan kepada pengendali taska yang berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sehingga 31 Disember 2020 untuk memenuhi SOP penjagaan kesihatan baharu.

Skim kesihatan untuk B40

Kerajaan menggandakan peruntukan sedia ada seperti programPEKA B40 kepada RM100 juta untuk membiayai empat kemudahan kesihatan kepada golongan B40. Empat kemudahan tersebut adalah saringan kesihatan, bantuan alat pernafasan, insentif rawatan kanser dan insentif tambang pengangkutan bagi kesihatan.

Buat PKS & Mikro

Program subsidi upah dilanjutkan

Baik untuk syarikat dimana program diisambung lagi 3 bulan lagi dengan subsidi RM600 bagi setiap pekerja sehingga maksimum 200 pekerja bagi setiap syarikat untuk semua majikan yang layak .

Bagi pekerja didalam sektor pelancongan dan perniagaan, aktiviti dalam senarai terlarang serta bercuti tanpa gaji sepanjang PKPB, majikan mereka boleh mohon subsidi dengan syarat pekerja tersebut menerima bayaran secara langsun

Insentif jika tawar pekerjaaan kepada penganggur & internship

Insentif dari RM600 hingga Rm1000 sebulan selama 6 bulan kepada majikan yang beri pekerjaan kepada penganggur dan pelatih industri dimana insentif bagi menggaji penggangur berumur di bawah 40 tahun sebanyak RM800 manakala RM1000 untuk OKU dan penggangur berumur 40 tahun keatas.

Kerajaan juga akan menyediakan insentif kepada majikan yang menyediakan peluang perantis kepada lepasan sekolah dan graduan pada kadar RM600 sebulan.

RM5000 untuk pengendali taska

Geran sehingga RM5000 bagi pengendali taska yang berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga &Masyarakat KPWKM

Geran dan pinjaman

Bantuan geran dan pinjaman berjumlah RM700juta bagi menggalakkan PKS dan syarikat di peringkat pertengahan ke arah pendigitalan operasi.

Ini termasuk RM100 juta Geran Padanan Digital PKS yang akan disediakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi, RM500 juta di bawah Dana Transformasi Teknologi PKS sebagai pinjaman mudah dan RM100 juta Geran Automasi Pintar, di mana setiap syarikat yang layak akan menerima geran sehingga RM1 juta

MyAssist MSME

Kerajaan akan menyediakan pusat sehenti yang sediakan pelbagai khidmat nasihat bagi menyokong pertumbuhan perusahaan mikro dan PKS

[ LANGSUNG ] Pengumuman Pelan Pemulihan Ekonomi Negara Jangka Pendek.

Ikuti Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara Jangka Pendek.#PENJANA #BersamaMenjanaEkonomi #HapusCOVID19

Posted by Astro AWANI on Thursday, June 4, 2020

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.