fbpx
Now Reading
Selepas Isteri Rizman, Kini Isteri Ruzaini Jamil Pula Hamil

Selepas Isteri Rizman, Kini Isteri Ruzaini Jamil Pula Hamil

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CBK1pwSpSzh/

Siapa menyangka selepas sahabat baik yang juga rakan kongsinya di Rizman Ruzaini , Rizman Nordin mendapat perkhabaran gembira bakal menimang cahaya mata, terbaru Ruzaini Jamil turut mengumumkan perkara sama kepada orang ramai.

Menerusi instagram Ruzaini atau nama betulnya Wan Ruzaimi Jamil memaklumkan kepada pengikutnya dan orang ramai yang isterinya Hidayati Yahya atau lebih mesra dengan panggilan Deq Da kini hamil empat bulan.

Menerusi posting sama Ruzaini turut menzahirkan rasa syukurnya selepas 4 tahun menanti saat berkenaan.

“Tiada kata setinggi bahasa yang dapat kami coretkan untuk digambarkan perasaan syukur yang tidak terhingga dengan rezeki terbesar dari Allah S.W.T kepada kami.
 
“Empat tahun berdoa dan menunggu dengan penuh kesabaran, Alhmdulillah, doa kami, doa dari keluarga serta rakan-rakan dan semua mereka yang mendoakan telah Allah makbulkan empat bulan yang lalu.

“InsyaAllah akan kami pelihara rezeki dari Allah ini dengan penuh sulaman kasih sayang dan didikan agama selayaknya seperti yang dituntut.
 
“Kami dengan rasa rendah diri, ingin memohon agar semua rakan taulan dapat terus berdoa supaya bayi dalam kandungan ini cukup sifat, sihat walafiat dan diberi kecerdikan akal.
 
“Jika dia seorang lelaki, semoga menjadi Al-Fateh untuk agama dan negara, dan jika dia perempuan, semoga dia menjadi bidadari yang dirindui syurga.
 
“Untuk isteriku, moga selamat dan dipermudahkan segala urusan sepanjang kandungan zuriat kita bersama,” tulisnya di ruangan kapsyen

Berita gembira berkenaan turut dikongsikan oleh sahabat dan rakan kongsinya Rizman Nordin di laman IG nya.

Berita berkenaan turut disambut gembira oleh seorang lagi rakan baik mereka, pelakon terkenal Nur Fazura yang baru-baru ini turut disahkan hamil pada April lalu.

Di jengah ke ruangan komen, kedua-dua posting berkenaan dihujani ucapan tahniah oleh rakan selebriti penggiat industri fesyen dan juga peminat. Tahniah buat Ruzaini Jamil dan isteri!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.