fbpx
Now Reading
AirAsia Lancar Pas Tanpa Had Dengan Harga RM399

AirAsia Lancar Pas Tanpa Had Dengan Harga RM399

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui yang sektor pelancongan merupakan sektor paling teruk terjejas susulan penularan wabak Covid-19.

Bukan itu sahaja, kempen Visit Malaysia 2020 yang sudah lama dirancang juga terpaksa dibatalkan ekoran wabak tersebut yang terus mengganas.

Namun melihatkan keadaan yang semakin pulih, kerajaan akhirnya bersetuju untuk melaksanakan PKPP dimana rakyat diberikan kelonggaran untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian antaranya perjalanan rentas negeri.

Ini bermakna mereka yang berhajat untuk pulang ke kampung atau melancong sudah boleh merancang untuk berbuat demikian .

Seiring dengan pelaksanaan PKPP, AirAsia telah melancarkan promosi luar biasa buat ahli-ahli Big di Malaysia . Percaya atau tidak anda kini boleh mendapatkan pas penerbangan tanpa had ke mana-mana destinaasi dalam negara hanya dengan RM 399, tertakluk kepada cukai dan yuran kerajaan, perkhidmatan tambahan dan caj lain-lain.

Pas mula di jual bermula hari ini, 11 sehingga 13 Jun 2020 unuk perjalanan bermula dari 25 Jun 2020 – 31 Mac 2020

Terdapat 16 destinasi yang boleh anda tujui iaitu Alor Setar, Langkawi, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Labuan pada bila-bila masa tanpa had bermula

Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan dapatkan pas perjalanan tanpa had ini di airasia.com/deals atau aplikasi mudah alih AirAsia . Ingat! bermula hari ini, 11 Jun 2020 – 13 Jun 2020 sahaja!

Foto Kredit : Skytrax

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.