
Individu Yang Dikuarantin Di Rumah Wajib Pakai ‘Gelang Tangan’ – Ismail Sabri
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memaklumkan , mereka yang baru pulang dari luar negara dan sedang menjalani kuarantin di rumah diwajibkan untuk memakai gelang tangan (wristband), serta menggunakan aplikasi MySejahtera.
Gelang tangan jenis penjejak digital itu juga perlu sentiasa dipakai dan tidak dibenarkan dipotong meskipun berada di rumah.
Menurut beliau tujuan ini dilakukan untuk memudahkan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) terhadap mereka yang dikuarantin.

“Mereka tidak boleh memotong gelang tangan itu sehingga tarikh akhir 14 hari tempoh kuarantin itu.
Tambah Ismail Sabri, mereka yang didapati melanggar SOP dan memotong gelang terbabit akan dikenakan tindakan undang-undang .
“Mereka boleh dikompaun RM1,000 dan dihadap ke mahkamah sekiranya memotong gelang terbabit,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Tambah beliau individu ini akan disaring sekali lagi pada hari kuarantin ke-13 dan akan dibenarkan keluar sekiranya keputusan menunjukan negatif .
“Gelang tangan juga boleh dipotong dan tiada lagi pemantauan terhadap mereka,” katanya.