fbpx
Now Reading
Ini 4 Langkah Yang Perlu Anda Lakukan Jika Ingin Menginap Di Hotel

Ini 4 Langkah Yang Perlu Anda Lakukan Jika Ingin Menginap Di Hotel

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/2650465508576638?__xts__%5B0%5D=68.ARDRGMfbSWH52Laa-akSsNOaa3oA5s6PGMamwCTdJA6x213-48avVw2YswRqY4bwij_0MTyzeOQUeJ5Ujdv1yl72mEodmU4gaIbYiXgTqImb0bNtfOB1J3nWPTeFZfGa5CnRnjlT7H4G_aksNR_4qJttjIxRTsL26FljCcnWO716OInK6WpmA3IHjRAbTuI_4QZ0a2Xqbr0sqbt5MBgQ37XlhUpxf0AkmmvCcXXHHSzXNlirPcOkH9Az6IQGUaPndF9pxCqOfZz_h5r66bqvrQNB9-NECpE2rSmcwDsZ-Law-BLm-2ECrpV63wzCoV6InVBHPqZbZFJxggtE3lfwmC04JTh3&__tn__=-R

Umum mengetahui kita kini sudah memasuki fasa pemulihan selepas kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Justeru orang ramai kini diberikan kelonggaran untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian antaranya perjalanan rentas negeri untuk pulang ke kampung malah melancong secara domestik.

Namun kelonggaran ini tidak bermakna anda semua boleh melupakan segala Prosedur Operasi Standard (SOP) dan amalan yang ditetapkan sebelum ini terutamanya ketika berjauhan dari rumah.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Public Health Malaysia telah berkongsi beberapa langkah yang perlu anda ikuti sekiranya anda berhasrat menginap di hotel atau rumah tumpangan di luar.

#1 Hanya pilih hotel yang mematuhi SOP

Pastikan hotel atau tempat yang bakal anda duduki mematuhi SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) antaranya larangan menggunakan fasiliti seperti kolam renang awam, jakuzi, sauna, bar dan karaoke

Laporkan pada pihak berkuasa sekiranya terdapat perlanggaran SOP.

#2 Sediakan cecair disinfeksi atau bawa penyembur disinfeksi

Bawa bersama cecair dan semburan disinfeksi serta sanitizer bersama kemana sahaja anda pergi kerana dikhuatiri tempat yang bakal anda kunjungi kehabisan atau tidak menyediakan cecair berkenaan.

Terdapat beberapa jenis cecair dan semburan disinfeksi yang disarankan Public Heatlh antaranya jenama Dettol, dan Lysol yang terbukti boleh membunuh virus.

#3 Semburkan disinfeksi pada permukaan yang sering di sentuh

Sembur cecair dan semburan disenfaksi yang di bawa ke permukaan yang sering kerap disentuh seperti tombol pintu, tombol kabinet, kawasan tandas, pili paip tandas, pam tandas, permukaan tandas duduk, katil dan sebagainya.

Mungkin anda boleh mengambil inisiatif dengan mengelap permukaaan yang kerap disentuh seperti meja atau suis elektrik dengan kain atau tisu yang sudah dilarutkan cecair disinfeksi. Berhati-hati dengan barangan elektrik.

#4 Buka tingkap dan pintu untuk beberapa minit untuk pengudaraan dan pencahayaan

Segera membuka tingkap serta pintu dan berikan cahaya masuk ke bilik yang baru anda duduki bagi memberikan pengudaraan dan pencahayaan yang baik. Tindakan ini bukan sahaja membantu memberikan bau yang segar malah ini dapat menghindari suhu bilik yang terlalu lembap.

Kesemua langkah ini demi memastikan keselamatan anda sekeluarga. Bukan apa, kita sendiri tidak mengetahui siapa yang menginap di bilik berkenaan sebelum kita bukan?

Selain dari langkah-langkah ini diingatkan agar sentiasa amalkan perkara terpenting yang sudah kita terapkan iaitu jaga penjarakan sosial dan sentiasa mencuci tangan anda dengan sabun atau sanitizer.

Posted by Public Health Malaysia on Saturday, June 6, 2020

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.