fbpx
Now Reading
Leka Di Usia Muda, Mak Jah Kini Cuci Telekung Wakaf Untuk Bekalan Akhirat

Leka Di Usia Muda, Mak Jah Kini Cuci Telekung Wakaf Untuk Bekalan Akhirat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sudah memasuki hari kedua pasti melegakan banyak pihak. Kebanyakan rutin harian yang sebelum ini tertangguh kini boleh dilakukan namun dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Perkara sama turut dirasakan pelakon veteran Mak Jah, yang merindui kerja amal yang sebelum ini dilakukannya iaitu mencuci telekung wakaf di surau pusat beli-belah dan kawasan R&R berdekatan dengan rumahnya sebagai bekalan ke akhirat.

Namun nasib tidak menyebelahi Mak Jah atau nama sebenarnya Maimunah Ahmad yang ketika ini agak kurang sihat dan tidak boleh banyak berjalan namun dia masih dapat meneruskan aktiviti tersebut dengan bantuan anak-anaknya yang membantunya dengan membawa pulang telekung yang tidak elok dan kotor supaya boleh di cuci di rumah.

Foto : YT Terlajak Laris

“Sekarang saya cepat sakit punggung apabila banyak berjalan. Jadi, anak-anak tak benarkan saya memandu kereta untuk ke mana- mana lagi. Saya diminta berehat sepenuhnya di rumah, tapi saya minta juga mereka bawa balik telekung yang tidak elok, kotor dan koyak supaya boleh dicuci di rumah.

“Saya nak basuh, keringkan, gosok dan lipat. Mana telekung yang koyak pula, saya nak jahit dahulu dan baikinya supaya boleh diguna semula. Kemudian, saya minta anak-anak tolong hantarkan telekung berkenaan di masjid atau surau berdekatan,” katanya kepada portal Harian Metro

Mengakui yang dia suatu masa dahulu pernah terleka dengan dunia, matlamatnya kini ialah mengumpul bekalan untuk dibawa ke akhirat nanti.

Malah Mah Jah sudah melakukan kerja amal dengan mencuci telukung wakaf itu sejak beberapa tahun lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.