fbpx
Now Reading
Boleh Mula Berjemaah Di Masjid, Surau Jumaat Dalam Zon Hijau di Wilayah Persekutuan Mula Esok

Boleh Mula Berjemaah Di Masjid, Surau Jumaat Dalam Zon Hijau di Wilayah Persekutuan Mula Esok

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini mengumumkan semua masjid, surau Jumaat dan surau yang terletak di dalam zon hijau di Wilayah Persekutuan merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan dibuka bagi solat Jumaat dan solat berjemaah bermula esok.

Pembukaan semula kesemua rumah ibadah itu akan dimulakan dengan solat Jumaat esok dengan syarat bilangan jumah individu yang dibenarkan adalah satu pertiga dari had kapasiti dewan solat utama.

 Perkara itu ditetapkan melalui Garis Panduan Perluasan Kapasiti Solat Jumaat
dan Solat Berjemaah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Wilayah Persekutuan, dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Sebagai contoh, jika sebuah dewan solat mampu memuatkan 1,000 orang jemaah pada satu masa, maka bilangan yang dibenarkan adalah 333 orang buat masa ini,”

“Jawatankuasa kariah masjid, surau Jumaat dan surau boleh melantik sukarelawan dalam kalangan jemaah bagi membantu kawalan sebelum dan selepas solat,” katanya dalam sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Pembukaan aktiviti secara berperingkat ini bagaimanapun dimulakan untuk rakyat Malaysia terlebih dahulu.

Kapasiti ini, katanya lagi, akan ditambah secara berperingkat dengan makluman dari semasa ke semasa atas nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

Menurut Dr Zulkifli lagi, kuliah Maghrib dan kuliah Subuh juga boleh dijalankan semula asalkan mengikut syarat .

Selain itu masjid turut dibuka di ruang tertentu untuk mereka yang ingin singgah solat seperti musafir, pemandu dan rider e-hailing .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.