fbpx
Now Reading
“Arwa Malaikha Urwa ” – Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana Perkenalkan Bayi Mereka

“Arwa Malaikha Urwa ” – Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana Perkenalkan Bayi Mereka

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

7 hari selepas menimang cahaya mata, pasangan selebriti Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa akhirnya memperkenalkan puteri sulung mereka, Arwa Malaikha Urwa binti Nadzmi Adhwa kepada peminat dan orang ramai.

Menerusi Instagram Nadzmi meluahkan rasa syukurnya di atas kehadiran puteri comelnya itu kedalam hidup mereka. Bersama perkongsian tersebut dia turut memuat naik video momen sejurus puteri comel nya di Qamatkan.

“Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa.. Puteri saya yang hargai ini lahir pada jumaat juga.

“Alhamdulillah umur dah masuk 7 Hari, video ni masa lepas Urwa baru je lahir dan diqamatkan . Terima kasih Allah atas kurniaan mu ini ” tulis Nadzmi menerusi ruangan kapsyen.

Ardell turut berkongsi perkara yang sama di instagramnya dengan memperkenalkan puteri sulungnya itu serta waktu kelahirannya yang unik iaitu : jam 2:22:22 pagi (2:22 pagi, 22 saat)

Menerusi ruangan komen peminat dan netizen mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan. Ramai yang turut memuji kecomelan baby Arwa malah kulitnya yang putih melepak.

Terdahulu pada Jumaat lalu, Nadzmi berkongsi berita gembira mengenai kelahiran bayi perempuannya namun tidak berkongsi wajah dan nama bayinya itu dahulu .

Sekali lagi tahniah kami ucapkan kepada Nadzmi Adhwa dan Ardell atas kelahiran keluarga baru mereka ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.