fbpx
Now Reading
Juliana Evans Antara 100 Wanita Tercantik Di Dunia, Kalahkan IU Dari Korea, Emma Stone, Rihanna

Juliana Evans Antara 100 Wanita Tercantik Di Dunia, Kalahkan IU Dari Korea, Emma Stone, Rihanna

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tular di media sosial mengenai selebriti cantik dari Korea, Son Ye Jin yang dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia 2020 (Top 100 Most Beautiful Woman) , baru-baru ini

Yang menariknya disebalik kedudukan itu, aktres cantik , Che Puan Juliana Evans, 31, turut tersenarai di antara top 100 wanita dengan menduduki tangga ke 72 menewaskan beberapa nama besar seperti pelakon popular Korea ,IU , penyanyi antarabangsa Taylor Swift & Rihanna, serta pelakon pelakon Emma Stone.

Mengakui tidak menyangka dirinya tersenarai, Juliana bagaimanapun berterima kasih kepada orang ramai yang mengundinya.

“Alhamdulillah, ada yang sudi mengundi saya dan mesti mereka adalah orang-orang Malaysia. Jadi, saya ambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada yang sudi mengundi,” katanya kepada Harian Metro.

“Saya orang yang percayakan kecantikan semulajadi. Jadi, bila ada orang yang menghargai, saya tumpang rasa gembira.

“Apabila usia meningkat, saya tak terlepas daripada berdepan garisan dan kedutan serta masalah kulit yang lain. Namun, itu tak menjadi masalah buat saya,” katanya.

Undian tersebut yang dilakukan laman web Starmometer, menunjukkan selebriti dari Asia menggungguli 9 tempat teratas.

Untuk senarai penuh boleh ke sini : Starmometer

Top 10 :

1. Son Ye Jin, SOUTH KOREA
2. Lalisa Manoban, THAILAND
3. Tzuyu, TAIWAN
4. Urassaya Sperbund, THAILAND
5. Jisoo Kim, SOUTH KOREA
6. Rose Park, NEW ZEALAND
7. Song Hye Kyo, SOUTH KOREA
8. Jennie Kim, SOUTH KOREA
9. Liza Soberano, PHILIPPINES
10. Sina Deinert, GERMANY

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.