fbpx
Now Reading
“Mereka mencari kerja demi kelangsungan hidup..”- Shuib Bersyukur Dapat Tawar Peluang Pekerjaan

“Mereka mencari kerja demi kelangsungan hidup..”- Shuib Bersyukur Dapat Tawar Peluang Pekerjaan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CBPvTEPFfFl/

Siapa yang tidak gembira apabila sesi temuduga yang dijalankan syarikat mereka untuk mendapatkan pekerja baru mendapat sambutan luar biasa dari orang ramai.

Namun bagi pelawak dan usahawan Shuib yang sedang mengusahakan produk minuman, BubbleBee perasaannya bercampur baur selepas hampir 300 calon hadir sedangkan posisi kosong hanyalah untuk 100 orang.

Lebih menyedihkan apabila rata-rata mereka yang hadir tlah kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19.

“Saya tidak sangka sama sekali sesi temuduga itu mendapat sambutan luar biasa. Ibu pejabat di Puchong sesak dengan kehadiran orang ramai yang ingin mencuba nasib.

“Apa yang membuatkan saya sedih apabila menyedari mereka bukan saja datang dari Kuala Lumpur, malah negeri lain ” jelas Shuib kepada BH!

Hebahan yang dilakukan Shuib melalui laman media sosialnya

Situasi ini jelas menunjukkan keadaan semasa yang dilihat agak getir sehinggakan orang dari luar kawasan Kuala Lumpur sanggup mengembara jauh demi mendapatkan pekerjaan.

“Mereka mencari kerja demi meneruskan kelangsungan hidup selepas banyak syarikat ditutup,” kata Shuib yang pernah berhadapan perkara yang sama suatu masa dahulu.

“Saya pernah melaluinya… Datang temuduga jauh-jauh tapi tidak dapat. Apabila melihatkan kesungguhan mereka, hati jadi sayu.

“Kalau boleh, saya mahu mereka semua diberi kerja tetapi apakan daya, peluang terhad. Saya doakan urusan mereka dipermudahkan dan diperluaskan rezeki,” katanya.

Dalam pada itu pelawak dari kumpulan Sepahtu itu tetap mengucapkan rasa syukur kerana dapat memberi peluang pekerjaan kepada hampir 100 individu

Dia juga sedia membantu rakan artis atau individu yang memiliki modal tetapi tidak tahu hendak memulakan perniagaan.

“Selain menjana pendapatan tambahan, kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk mereka yang memerlukan,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.