
Nak Tahu Kenapa Traffic Light Kerap ‘Skip’ Giliran Anda ? Baca Perkongsian Juruteknik Ini
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebagai seorang pengguna jalanraya pasti anda pernah berdepan situasi dimana anda tersangkut di lampu isyarat merah sedangkan traffic light di laluan lain bersilih ganti bertukar warna.
Situasi sebegini kebiasaanya terjadi sewaktu lewat malam atau semasa kurang kenderaan yang terdapat di jalan raya .
Secara umumnya ini berlaku disebabkan traffic light tidak menyedari kehadiran anda sekaligus ‘melangkau’ giliran andauntuk berjalan. Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana perkara ini terjadi sila ikuti perkongsian pengguna Twitter ini, Afig yang merupakan seorang juruteknik sistem lampu isyarat:
so since aku kerja traffic light, korang nak tak aku cerita kenapa kadang2 patutnya turn kau hijau tapi dia skip turn kau, dia bagi orang lain jalan dulu? 10 rt aku cerita https://t.co/bQ96Comaa4
— fiq (@thegxmer20) June 11, 2020
Menurut Afiq, lampu isyarat sebenarnya akan mengesan kehadiran kenderaan menerusi satu alat pengesan yang di beri nama loop sensor. Loop sensor ini kemudiannya akan menghantar satu isyarat kepada lampu isyarat untuk menukar warnanya .
Jadi sekiranya tiada kenderaan di laluan tersebut, loop sensor akan memendek tempoh lampu hijau di laluan tersebut dan menghantar isyarat kepada lampu menandankan tiada kenderaan disana.
Dimana kedudukan loop sensor?
Loop sensor kebiasaannya terletak di dalam satu kotak yang berada sebelum stop line (garisan lampu isyarat)


kalau loop tu rosak, jalan tu akan jalan masa minimum lebih kurang 10 saat mcm tu. itu yg kdg2 kereta lepas 2,3 bijik je.
— fiq (@thegxmer20) June 11, 2020
so ada apa dalam loop sensor kat jalan ni? sebenarnya dalam tu ada kabel je tp di twistkan pastu lay kabel tu dalam garis yang dah di potong. bila lilit dekat petak tu dia jadi la gegelung. lepas dah lay cable, terus tutup dengan tar jenis getah ni. pic.twitter.com/rXC03ulggn
— fiq (@thegxmer20) June 11, 2020
Namun sekiranya loop sensor yang terbina daripada kabel dan berada di bawah turapan tar rosak, lampu isyarat hanya akan berwarna hijau untuk tempoh 10 saat sahaja. Akibatnya hanya beberapa buah kenderaan yang berjaya melepasinya betul?
contoh la en, jalan tu masa sebenar dia 50 saat, tp kereta jalan 2 bijik je. dlm masa 5 saat kalau xde orang langgar loop tu, jalan tu terus jd merah. so tkyah dah nak kena tunggu sampai 50 saat. jimat masa korang kat situ
— fiq (@thegxmer20) June 11, 2020
Bercerita lebih lanjut Afiq menjelaskan loop sensor mengesan kenderaan melalui gelombang dan bukan melalui berat seperti yang digambarkan orang ramai sebelum ini.
Cara tangani masalah ini?
Jadi bagi mengelakkan anda dari menghadapi masalah yang sama lagi, caranya adalah dengan memastikan anda lalu di atas ‘kotak tersebut’ atau lebih baik pastikan tayar kenderaan anda berada di atas kotak tersebut.
Bantu laporkan jika traffic light rosak
Dalam pada itu dia turut mengingatkan orang ramai agar segera melaporkan kepada pihak berkuasa seperti PBT dan JKR sekiranya lampu isyara rosak atau tidak berfungsi. Ianya boleh dikesan seperti ketiadaan lampu pada traffic light atau ia hanya berkelip pada warna kuning.