fbpx
Now Reading
“Tak Mampu Buat Sendiri, Kalau Anda Nak Tolong Sama.. ” – Hafiz Hamidun Kumpul Dana Bantu Yang Memerlukan

“Tak Mampu Buat Sendiri, Kalau Anda Nak Tolong Sama.. ” – Hafiz Hamidun Kumpul Dana Bantu Yang Memerlukan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

“Sejak PKP bermula, hampir setiap hari ramai yang DM saya minta tolong, bantu untuk meneruskan kehidupan. Mana yang boleh saya bantu, saya bantu” , dedah penyanyi dan usahawan Hafiz Hamidun menerusi IG Storynya semalam.

Dia dalam masa turut memuat naik beberapa DM yang pernah diterimanya menunjukkan buikti terdapat ramai golongan yang memerlukan bantuan susulan dari pelaksanaan PKP demi memutuskan rantaian Covid-19.

Namun menurut Hafiz atau nama betulnya Mohammad Hafiz Hamidun semua itu tidak mampu dilakukannya seorang diri. Justeru dia memohon orang ramai yang sudi membantu untuk menyalurkan wang sumbangan mereka ke dalam akaunnya untuk diagihkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

“Tapi saya tak mampu buat sendiri. Saya pun tak nak bersangka macam-macam, sekadar bantu mana yang mampu.

“Kalau anda semua nak tolong, sama, seringgit dua seikhlasnya, anda boleh bagi derma itu menerusi akaun saya jadi saya boleh agihkan duit itu kepada siapa yang memerlukan,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, bekas penyanyi kumpulan nasyid UNIC itu mengingatkan orang ramai untuk tidak berprasangka terhadap niat baiknya .

“Dan insya-Allah mari tolong orang yang memerlukan. Tak perlu ada prasangka. Kalau tak mahu bantu, hanya pedulikan saja ya. Ampun maaf dari saya,” tulisnya lagi.

Antara bantuan yang berjaya dihulurkan Hafiz iaitu kerusi roda.

Selain Hafiz, beberapa rakan selebriti seperti Abby Abadi dan Datuk Aaron Aziz juga berbuat perkara yang sama dengan membuat kerja amal membantu individu dan keluarga yang memerlukan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.