Buang Semua Gambar Freehair, Fathia Latiff Kembali Bertudung & Harap Diberi Peluang Perbaiki Diri

Siapa sangka selepas hampir setahun mencetuskan kontroversi gara-gara ‘membuang’ tudung atas alasan enggan berpura-pura , pelakon Fathia Latiff akhirnya kembali berhijab sebelum Ramadan lalu.

Mengakui tindakan lamanya mungkin menyebabkan masyarakat skeptikal terhadap keputusannya untuk kembali bertudung, Fathia bagaimanapun reda dengan perkara terbabit

Pada akhirnya, saya kena balik kepada pegangan agama dan kepercayaan. Saya tiada alasan kenapa kembali bertudung.

“Saya manusia biasa yang tidak lepas melakukan khilaf demi khilaf. Sekarang, saya dalam fasa membetulkan diri… Bukan mudah hendak istiqamah.

“Saya pernah hanyut, terleka dan lalai hingga jatuh terduduk saat buat keputusan membuka tudung.

“Saya tanggung semuanya kerana silap sendiri. Saya bukan masih muda lagi. Dahulu saya tidak matang.

“Sekali lagi, saya harap diberi peluang dan ruang untuk memperbaiki diri dan berubah,” kata Fathia kepada BH Online.

Tambah Fathia dia juga mengakui tertewas dengan ujian lalu namun kini dia perlu menetapkan pendiriannya apatah lagi menutup aurat adalah tuntutan wanita islam.

“Benar, saya manusia biasa. Namun, itu bukan alasan untuk saya buat silap dan kembali sedar. Seterusnya, buat lagi hal sama. Hidup ini bukan panjang lagi.

“Saya akui tewas ketika diuji. Ada fasa dalam hidup termasuk hal peribadi dan kebodohan akhirnya menjerat diri.

“Saya memberontak tidak kena gaya. Natijahnya, hanya saya tahu. Saya lupa diri ini bukan orang biasa, sebaliknya insan dikenali yang diperhati setiap tindak tanduk.

“Sampai bila saya hendak ‘pakai buang’ dalam kewajipan bertudung. Mahu atau tidak, saya kena tetap pendirian. Soal bertudung, saya kena pakai kerana itulah tuntutan wanita Islam,” katanya.

Dalam masa sama Fathia juga masih merindui bidang lakonan . Dia juga berjanji akan menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin jika sekali lagi diberikan peluang sebagai seorang pelakon.

Carian kami di Instagram mendapati pelakon ini telah bertindak membuang semua fotonya yang tidak bertudung gambar dirinya berhijab dari beberapa tahun yang lalu.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago