fbpx
Now Reading
Isa Khan & Risteena Rancang Kahwin Hujung Tahun Ini

Isa Khan & Risteena Rancang Kahwin Hujung Tahun Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Antara pasangan yang sering mendapat perhatian netizen sehingga ramai tertanya-tanya bila tarikh pasangan ini akan berkahwin, pasangan Isa Khan dan Risteena Munim akhirnya mendedahkan yang mereka merancang untuk berkahwin pada hujung tahun ini.

Namun semua ini bergantung kepada keadaan semasa samaada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berterusana ataupun di tamatkan.

“Kami merancang mengadakan majlis pernikahan sekitar November atau Disember ini. Rancangan ini sudah ditetapkan ketika majlis pertunangan lagi. Kami rancang bertunang hanya setahun, tak mahu tunang lama-lama.

“Bagaimanapun, disebabkan PKPP masih berterusan dan tidak diketahui berlanjutan hingga bila, jadi kami masih belum menetapkan tarikh yang sesuai,” kata Isa kepada portal BH Online

Menurut Isa dia juga ada terfikir untuk melangsungkan majlis pernikahan terlebih dahulu, sebelum diikuti majlis resepsi pada satu tarikh lainya sekiranya PKPP bersambung

“Jika mengadakan majlis ketika PKPP, pastinya kita perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana kerajaan masih tidak membenarkan majlis kenduri kahwin yang membabitkan orang ramai berkumpul.

“Besar harapan saya dapat mengadakan majlis pernikahan dan persandingan serentak. Bagaimanapun, disebabkan COVID-19 belum berakhir, terfikir juga mahu bernikah dahulu dan majlis persandingan diadakan tahun hadapan.

Terdahulu pasangan ini melangsungkan majlis pertunangan di Bali, Indonesia pada November tahun lalu dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.