fbpx
Now Reading
KKM Sahkan 3 Individu & Van Di Video Tular Adalah Kakitangan Mereka

KKM Sahkan 3 Individu & Van Di Video Tular Adalah Kakitangan Mereka

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10157138236451237?__xts__%5B0%5D=68.ARBahOlQbsn7SsjJFe7DIm8y7TYzEaqe8LrqY7Rx6pgZ9Gg4e2K6kNQyjH1tsZCbjHSig17IR0U_wo1KJ8edU176Lzo1OkJ47a3zIx6kVZIIJE6mfvfl213o-g34qfnEIUrpPpfKz8PmMAzZk-W16qsT5xOq8tQzKHpdnQ8YqIETFV2mrAV0Dts6MrMKBXyJKfjaP37d3-SVMjz0-ERXgZHxomP3wOcNNiCWT8T_Dje6vpX-en2MD_hYnWeUf3wgTDt8K0hcXqx2QOUnOwGFanDWqbzvfiAVb-WQJpM1nR-ok1zb6xPLeVpZBVswk73ZHH6GcmVQku2jf2QxjkTl&__tn__=-R

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Facebook hari ini mengesahkan bahawa 3 individu bersama van dengan pelekat KKM yang viral di media sosial merupakan kakitangan mereka sekaligus menafikan terdapat sebarang perbuatan jenayah.

Menurut mereka dakwaan van digunakan untuk aktiviti jenayah adalah palsu dan pihak mereka sudahpun membuat laporan polis berhubung aduan palsu tersebut.

“Dakwaan mengatakan van KKM digunakan untuk aktiviti jenayah adalah palsu. Van tersebut adalah milik KKM dan kakitangan yang terlibat adalah warga kerja KKM.

Pihak KKM telah membuat laporan polis berhubung aduan palsu ini. Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan menghubungi anda sebelum mereka datang ke rumah ” tulis KKM menerusi kenyataan tersebut

Salah faham antara pengadu dan kakitangan KKM

Memetik Metro, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung isu itu semalam dan

“Polis menjalankan siasatan mendapati ia adalah salah faham antara pengadu dan pihak yang hadir di lokasi rumah pengadu, di mana nombor pendaftaran yang diviralkan adalah salah dan tidak tepat sehingga wujud kenderaan yang lain.

“Tiga orang individu yang diviralkan itu memang disahkan sebagai kakitangan KKM dan kenderaan itu adalah milik Kementerian Kesihatan Daerah Petaling.

KKM sudah buat laporan polis

“KKM sudah membuat laporan polis hari ini dan mengesahkan kehadiran pegawai KKM di lokasi bagi pemantauan PUI Covid-19, semalam, kira-kira 2.00 petang,” katanya.

Justeru beliau berharap orang ramai berhenti dari menularkan sebarang video atau gambar mengenai insiden terbabit.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.