Wanita Ini Kongsi Pengalaman Seram Anak Berborak Dengan ‘Sesuatu’ Sewaktu Pergi Bercuti [Video]
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Alam ghaib sememangnya diakui wujud namun ianya tidak sewenang-wenangnya dapat dilihat oleh manusia biasa melainkan atas keizinan Maha Esa.
Itu yang dialami seorang wanita ini,Khairun Nisa bersama suami , Khairul Taufiq dan anak mereka yang berjaya dirakam sewaktu mereka bercuti di sebuah hotel di Cameron Highlands.
Menerusi video tersebut yang pada asalnya di hasilkan untuk kandungan Youtube mereka yang berkisarkan makan-makan, anak mereka dilihat seolah berkomunikasi dengan ‘sesuatu’ di siling hotel terbabit.
Mengakui hanya menyedarinya sewaktu ingin melakukan suntingan pada video terbabit, Khairun Nisa memaklumkan yang mereka sewaktu kejadian baru sahaja pulang dari membeli makanan di sebuah pasar malam di sana.
“Orang tua-tua selalu pesan mata budak tak pandai bercakap lagi boleh nampak apa yg kita tak nampak. Saya selalu pandang ringan benda ni. Sampai lah 1 hari masa kami bertiga ke Cameron, saya dapat rakam sendiri moment anak saya bersembang dengan ‘benda’ tu.
“Nak dijadikan cerita, pada penghujung bulan 12 lepas kami bercuti ke Cameron 4 hari 3 malam.
Pergi ke pasar malam dan pulang jam 7 petang
Pada hari pertama, selepas kami check in di hotel yang terletak di Brinchang dalam pukul 3.30 petang, kami rehat dulu dan kemudian ke pasar malam Golden Hills dalam pukul 5.30 petang.
Selesai beli, kami pulang ke hotel dalam pukul 7ptg. Sampai sahaja di bilik, kami terus set up kamera dan makanan semua untuk mula buat food review untuk Youtube channel kami.
Anak tunjuk pada siling
Difahamkan pasangan ini pada mulanya membuka pintu balcony sebelum memulakan penggambaran namun bertindak menutupnya selepas berasa tidak sedap hati seolah mereka sedang diperhatikan dari luar.
Di bilik kami ada balcony. Sebelum mula shoot, kami buka pintu balcony tu nak bagi angin masuk. Tapi tak lama lepas kami dah mula start shoot video, saya rasa tak sedap hati. Masa saya pandang muka saya dalam kamera time shoot tu, saya rasa macam ada benda pandang kami dari balcony luar. Jadi saya pun tutup pintu balcony tu.
Tak lama kemudian masa kami tengah buat food review, tiba-tiba anak kami tunjuk di sudut siling dalam bilik tu pada suami. Saya tak perasan sebab tengah fokus pada makanan. Saya perasan anak saya bersembang dengan ‘benda’ tu masa saya edit video.
Bersyukur anak geleng kepala
Malah menerusi video berkenaan anak mereka juga dilihat seperti menggeleng-geleng kepada objek terbabit seolah-olah seperi menolak sesuatu ‘pelawaan’.
Saya tak pasti apa yang ‘benda’ tu cuba nak bagi pada anak saya tapi saya bersyukur sebab anak saya geleng kepala .
Saya tak kata hotel kami menginap ni berhantu sebab cuma malam pertama je anak kami susah nak lelap. Pada malam kedua dan ketiga Alhamdulillah semuanya ok. Mungkin ‘benda’ tu ikut kami dari pasar malam. Wallahualam. Yang pasti dekat mana-mana je ‘benda’ tu ada.