fbpx
Now Reading
Bengang Ditegur Tak Pakai Mask, Lelaki Ini Nekad Belasah Pekerja Stesen Minyak Petronas

Bengang Ditegur Tak Pakai Mask, Lelaki Ini Nekad Belasah Pekerja Stesen Minyak Petronas

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/damia.honeyja.3/videos/pcb.3004125059695966/693539881479735/?type=3&theater&ifg=1https://www.facebook.com/damia.honeyja.3/videos/pcb.3004125059695966/693539881479735/?type=3&theater&ifg=1

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan PKPP bagi menggantikan PKPB (Bersyarat) tidak bermakna anda sudah boleh meninggalkan SOP terdahulu. Semua ini harus dikekalkan bagi memastikan wabak Covid-19 berjaya dikawal sepenuhnya.

Tatkala rakyat negara kita masih lagi patuh pada arahan tersebut dan kekal berjaga-jaga seorang lelaki Bintulu, Sarawak dilaporkan telah memukul seorang pekerja stesyen minyak di sana hanya kerana berang diminta memakai mask.

Kejadian yang berlaku di Stesen minyak Petronas Sungai Plan berjaya dirakam kamera litar tertutup dan telah dikongsikan di media sosial sehingga menjadi tular.

Menerusi video yang dimuat naik itu, si pelaku yang jelas kelihatan mukanya kemudiannya telah memukul pekerja terbabit di satu kawasan tertutup yang dipercayai di belakang pejabat berkenaan.

Video berkenaan juga turut tular di media dimana si pelaku di lihat memukuk pekerja berkenaan ‘separuh mati’

Laporan sudah dibuat

Laporan juga sudah dibuat dan orang ramai menyarankan agar lelaki ini menyerah di balai polis berhampiran dengan segera.

Tindakan biadap lelaki ini mengundang kecaman netizen yang rata-rata nya menghentam tindakan pemuda berkenaan yang seolah-olah tidak takut pada undang-undang.

Ramai mengharapkan dia dihukum atas perbuatannya mencederakan pekerja terbabit.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.