Membanggakan! Boboiboy The Movie 2 Tercalon Finalis New York Animation Film Awards

Tidak dapat dinafikan industri animasi Malaysia semakin mencuri perhatian dan mendapat tempat di hati rakyat Malaysia

Bukan sahaja jalan ceritanya yang menarik, malah kualiti animasi kita sudah melangkah jauh kehadapan.

Jika dahulu ianya hanya di iktiraf rakyat tempatan dan negara jiran terdekat kini filem animasi kita melangkah semakin jauh apabila turut mendapat pengiktiran dunia barat.

Animasi yang kami maksudkan ialah Boboiboy, antara pelopor animasi tempatan berkualiti yang rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi.

Difahamkan filem bagai francais ke-2 mereka iaitu Boboiboy The Movie 2 (BBBTM2), telah menempa nama apabila tercalon sebagai finalis di New York Animation Film Awards (NYAFA)

Menerusi Facebook, Pengarah Urusan Animonsta Studio merangkap Pengarah BBBTM2, Nizam Razak berkongsi kejayaan tersebut kepada orang ramai. Menurutnya filem box office itu itu tercalon di bawah kategori filem animasi 3D terbaik.

Perkara sama turut dikongsikan laman rasmi Monsta di Instagram. Jelas perkara ini menimbulkan rasa gembira dan bangga di kalangan penggiat dan peminat animasi tempatan.

Ini membuktikan inisiatif agensi kerajaan seperti MDEC dan Kre8tif Inc (dulu dikenali sebagai Mac3) dalam membangunkan industri animasi tempatan benar-benar membuahkan hasil ditambah dengan usaha keras Nizam Razak bersama rakan kongsi dan pasukannya di Animonsta Studios.

Anugerah NYAFA yang diuruskan Cinematopography Awards Foudation (Cawards) dijangka berlangsung secara live streaming pada 1 Julai ini.

Terdahulu Boboiboy The Movie yang berada di pawagam di sekitar Ogos tahun lalu berjaya mencatat kutipan pecah panggung RM 27.7 juta hanya dalam 26 hari menjadikannya mereka sebagai animasi tempatan paling berjaya di Malaysia sebelum dipintas Ejen Ali The Movie (RM30 Juta).

Malah jumlah kutipan keseluruhan Rm29.57 Juta meletakkan mereka di kedudukan no 4 bagi senarai top 50 filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.

Tahniah kepada Nizam Razak dan team produksi Boboiboy The Movie 2 ! Terus melangkah ke hadapan!

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

8 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

8 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

8 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

9 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

10 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

11 hours ago