fbpx
Now Reading
Husnul Khatimah Yang Didambakan, Lelaki Dermawan Meninggal Dunia Ketika Sujud

Husnul Khatimah Yang Didambakan, Lelaki Dermawan Meninggal Dunia Ketika Sujud

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap yang hidup pasti mati, cuma cara dan waktunya sahaja yang tidak diketahui.

Namun sebagai seorang yang beragama islam, anda pasti anda mengharapkan kematian husnul khatimah; dimana pengakhiran dan pemergian anda dalam keadaan baik dan dimuliakan Allah.

Sama seperti kisah Pengerusi Kesatuan India Muslim Terengganu (Kimma Terengganu), Mohamed Salahudin Shahabudin yang meninggal dunia sewaktu bersolat sunat tahjud di Hospital Kuala Lumpur.

Bukan itu sahaja arwah Mohamed Salahudin turut meninggal dunia dalam keadaan sedang bersujud dalam kejadian sekitar 5 pagi itu.

Arwah yang begitu aktif dalam kerja-kerja kebajikan sepanjang hidupnya difahamkan sedang mendapatkan rawatan selepas diserang sakit jantung tiga hari lalu namun keadaannya dikatakan semakin pulih dan seharusnya pulang pada hari kematiannya.

Tidak pernah menolak sebarang permintaaan

Anak kedua dari 6 beradik ini bukan sahaja gemar menghulurkan bantuan malahan dia dikhabarkan tidak pernah sekalipun menolak sebarang permintaan sama ada menerusi persatuan mahupun peribadi.

Sempat titip nasihat sentiasa beri sedekah

Menerusi laporan Harian Metro, arwah beberapa hari sebelum meninggal dunia sempat menitip nasihat agar sentiasa memberi sedekah dan berkongsi.

“Rezeki bukan milik kita tetapi milik Allah, jadi kita jangan sombong atau kedekut untuk memberi, InsyaAllah kita akan terus menjadi pemberi,” katanya.

Sadruddin, anak bongsu arwah ditenangkan Pengerusi Kimma Kelantan Mohamed Soltan Oli Mohamad Foto : HMetro

Mohamed Sadruddin, anak bongsu arwah turut berkongsi nasihat arwah yang akan sentiasa dipegang olehnya supaya sentiasa membuat kebajikan dan bersedekah kepada orang yang memerlukan.

“Ayah selalu berpesan, jangan cakap tiada duit jika orang meminta bantuan atau pertolongan tetapi hulurkan sumbangan walaupun dalam jumlah yang sedikit.

“Semasa hayat, ayah banyak pusat tahfiz dan rumah anak yatim yang dibantu malah lebih 200 penduduk miskin menerima sumbangan daripada ayah setiap pagi Jumaat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Padang Negara, Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini.

Berita pemergian arwah turut dikongsikan Masjid Abidin yang dahulunya dikenali sebagai Masjid Putih atau Masjid Negeri Terengganu

https://www.facebook.com/masjidputeh/?__tn__=kC-R&eid=ARD8BobbHXZGlkXCqUEhixIifFEldpKojXe7Q19ALnZqWgJIoVMb94XEXbUh1YGh7TCh9ztuWsBaugFF&hc_ref=ART_ijhRRwDMgQXdGMuXsBSKNu5o7BoUhS1m7judgnUeAaLdGBaITHz_v-bztuKSUm4&fref=nf&__xts__%5B0%5D=68.ARBYrpF28jAkVSRZkpeTIBaLwcfR3HHWVY7TzX9oxiTFR5_rAx7HKei1gu7KIeInIXn4r8LOeTg1BOoelBm8_uSTPKYdobEwJgCyLDoT6hzJpXceN5nNSoYhBc34fia5fE6Cp292ykEchMpfdQJTun8NBuHW4_kBotvfquS6tbqTpzMTi96VRhf9ENCEAHUWek75mmAo7ZopJuACJEkr1cUzvpZgEuWoWuMKG-P5E39C6uayhNONoBlmvuM9GNjJ84Xt5gdqxi5umdjSxgFIaWtXInyVdEAasytD9_9JfMxXlh1mFMvHrRQN0tyBbwuLi5DFsO5tDPwfFgEFwnTxHROu1w

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.