fbpx
Now Reading
Kejar Saham Akhirat, Shuib Tubuh Yayasan Bantu Golongan Memerlukan

Kejar Saham Akhirat, Shuib Tubuh Yayasan Bantu Golongan Memerlukan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama pelawak yang semakin berjaya di bidang keusahawanan, Shuib Sepahtu menjadi perhatian ramai selepas syarikat perusahaan minumannya, Bubble Bee berjaya membantu hampir 100 orang individu dengan memberikan mereka peluang pekerjaan.

Difahamkan rata-rata mereka merupakan individu yang telah kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19.

Terbaru dia yang juga penyampai radio Hot FM, memberitahu bakal melancarkan yayasannya sendiri iaitu Yayasan Bubble Bee sebagai usaha membantu badan kebajikan dan mereka yang memerlukan.

Menurut Shuib idea tersebut hadir sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan pada Mac lalu.

“Idea menubuhkan yayasan ini tercetus ketika kita berada dalam tempoh PKP. Ketika itu saya memberi bantuan kepada golongan memerlukan. Namun, perkara itu mengundang kritikan warganet kononnya saya mahu buat ‘damage control’.

“Memandangkan saya ada perniagaan minuman Bubble Bee, jadi saya terfikir kenapa tidak menubuhkan yayasan. Kiranya, aktiviti bantuan ini akan dibuat secara berterusan dan bukannya sementara.

Foto : Kopi planet

“Apa saya akan buat adalah, daripada perniagaan itu saya ketepikan sedikit bahagian untuk yayasan berkenaan. Contoh dari hasil jualan harian, cendrahati Bubble Bee dan lebihan duit baki yang pelanggan masukkan dalam tabung,” katanya kepada portal Harian Metro.

Selain mewajibkan perkara itu kepada semua cawangan dan cawangan kerjasama Bubble Bee Shuib juga merancang untuk melakukakan program kebajikan masyarakat sekurang-kurangnya sebulan sekali.

“Disebabkan saya nak buka banyak cawangan, saya terfikir setiap daripada itu diwajibkan menjaga satu rumah kebajikan. Walaupun jumlah disumbangkan tak banyak, tapi kalau berterusan ia pasti bermanfaat dan membantu.

“Alhamdulillah, perkara itu disambut baik setiap rakan kerjasama yang membuka cawangan. Mereka bersetuju dan tak bantah pun. Sekurang-kurangnya ada juga saham akhirat,” katanya.

Bubble Bee  akan membuka enam lagi cawangan sendiri dalam masa terdekat, dengan Shuib menyasarkan 28 jumlah cawangan dibuka sepanjang tahun .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.