fbpx
Now Reading
”Please Bagi Aku Ngandung Last..”- Ozlynn Luah Hasrat Nak Tambah Anak

”Please Bagi Aku Ngandung Last..”- Ozlynn Luah Hasrat Nak Tambah Anak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CBgX_zCD7XF/

Sebelum ini portal hiburan ada melaporkan yang pelawak dan penyampai radio Johan pernah menyatakan hasratnya untuk menimang seorang lagi cahaya mata namun ianya tidak dipersetujui isterinya Ozlynn Wati

Menurutnya banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum bersetuju dengan permintaan suaminya itu.

Terbaru bersempena dengan ulangtahun Johan serta ibu dan dua anak mereka, Ariq dan Moleiq, Ozlynn telah mendedikasikan ucapan panjang buat semua mereka.

Menerusi perkongsian tersebut Ozlynn turut memuat naik foto bersempena sambutan hari lahir mereka berempat yang disambut meriah.

Yang menariknya adalah ucapan Ozlynn yang dilihat telah mengubah pendiriannya berhubung isu ‘menambah anak ‘ dimana dia seolah meminta kebenaran Johan untuk menimang seorang lagi cahaya mata.

“Buat adik bradik plsss la bg aku ngandung last… janji la last.. moleiq dh request adik tu” tulis Ozlynn

Dia juga meminta pendapat orang ramai yang bersetuju dengan hasratnya untuk menambah cahaya mata.

“Siapa setuju aku mengandung lagi. Undian yang banyak kira boleh hapuskan undian adik beradik aku yang bangkang untuk aku mengandung lagi..”,tulisnya pada ruangan kapsyen.

Dilihat ke ruangan komen, rata-rata rakan dan pengikut mereka bersetuju dan mendoakan agar perancangan Ozlynn dimakbulkan. Ramai juga yang turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari lahir buat mereka sekeluarga.

Pasangan selebriti ini telah dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Ahmad Sodiq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania dan Nur Latifah Moleiq Hanania.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.