fbpx
Now Reading
Rezeki Bertambah Selepas Bergelar Youtuber, Sugu Pavithra Pindah Ke Rumah Baru

Rezeki Bertambah Selepas Bergelar Youtuber, Sugu Pavithra Pindah Ke Rumah Baru

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mencipta fenomena apabila berjaya mengumpulkan beratus ribu subscriber dan jutaan tontonan hanya selepas beberapa bulan bergelar Youtuber, nampaknya pendapatan pasangan Sugu Pavithra daripada Google semakin bertambah baik.

Jika sebelum ini mereka hanya merakam video di rumah kecil mereka, kini Sugu Pavithra difahamkan sudah melangkah setapak lagi ke hadapan dengan berpindah ke rumah baru yang lebih selesa.

Menerusi satu video di saluran youtube mereka, pasangan ini berkongsi berita gembira dan momen sewaktu mereka sewaktu berpindah ke rumah baru tersebut yang terletak di Sungai Siput, Perak.

Menerusi video tersebut ahli keluarga mereka turut membantu pasangan Sugu dan Pavithra untuk berpindah dari proses membersihkan sehinggalah mengangkut barang-barang.

Satu yang pasti rumah baru ini dilihat lebih besar dan selesa berbanding rumah lama mereka, pasti mereka boleh mempelbagaikan aktiviti rakaman untuk saluran youtube mereka selepas ini.

Terdahulu Sugu telah membuat keputusan untuk berhenti dari bekerja di ladang dan membantu isterinya menghasilkan video secara fulltime.

Semoga terus maju jaya Sugu Pavithra!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.