fbpx
Now Reading
Netizen Kongsi Trik Mudah Mainkan Muzik Di Youtube Dengan Iphone Dalam Keadaan Lock

Netizen Kongsi Trik Mudah Mainkan Muzik Di Youtube Dengan Iphone Dalam Keadaan Lock

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa yang tak gemar mendengar muzik bukan? Kerja juga kadangkala menjadi santai dan mudah apabila diiringi muzik kegemaran kita.

Antara platform yang membenarkan anda mendengar lagu kegemaran anda secara percuma tidak lain dan tidak iaitu Youtube.

Namun untuk mendengar youtube di peranti anda, anda harus memastikan skrin anda sentiasa dibuka malah tidak boleh membuka aplikasi lain hatta membalas whatsap. Nak lock screen ? Lagi lah mustahil. Leceh juga kan?

Namun kini tidak lagi apabila seorang netizen, Darwin Mercando Camba telah berkongsi cara-cara untuk membenarkan anda bermain muzik di Youtube sambil membuka aplikasi lain ataupun dalam keadaan phone di kunci

Namun kami hanya mencuba cara-cara ini menggunakan peranti Iphone, mungkin ada boleh mencubanya di peranti Android dan beritahu kami sama ada ianya berkesan,

Ikuti langah-langkah Darwin di bawah :

#1 Buka Safari dalam telefon bimbit anda.

#2 Type youtube.com

#3 Pergi ke bahagian sebelah URL dan tekan button AA dan pilih web settings

$4 Enable kan Request Desktop Website

#5 Tekan Done selepas selesai mengaktifkan Desktop Website. Cari dan tekan lagu yang anda mahukan

#6 Keluar ke home screen. Lagu anda akan berhenti seperti biasa(ops!?) Jangan risau, lock peranti anda dan tekan lock screen sekali lagi dan tekan play seperti di bawah :

Sekarang anda boleh memainkan lagu di Youtube tanpa sebarang masalah !

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.