
Terlepas Pandang, dUCk Tarik Balik Penjualan Tali Leher Edisi Marvel Kerana Diperbuat Dari Sutera
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Jenama fesyen dUck baru-baru ini telah berkolaborasi dengan Marvel untuk menghasilkan tali leher premium’ Marvel x dUCk Father’s Day Edition’ bersempena dengan Hari Bapa yang bakal tiba.
Pastinya perkara ini menarik perhatian netizen dimana segelintir mula bercadang untuk membelinya untuk diri sendiri atau sebagai hadiah kepada yang tersayang dan ada juga segelintir yang berpendapat ianya seakan tie untuk pelajar sekolah.
Apa pun diskusi yang berlangsung, sama seperti produk mereka yang lainnya, tali leher ini mula terjual dengan larisnya meskipun dengan harga RM300.
Namun tidak sampai berapa ketika, muncul satu tweet yang mendakwa bahan dan material yang digunakan untuk menghasilkan tali leher tersebut adalah 100% kain sutera.
100% silk. I’m pretty sure they aware that Muslim men kenot wear that material,, https://t.co/lJd0bBcNYL
— Lukman Khiruddin (@lukmankhiruddin) June 17, 2020
Memandangkan kain sutera haram di gunakan oleh lelaki beragama islam ramai beranggapan tie tersebut tidak sesuai dipasarkan memandangkan tali leher kebiasaanya hanya digunakan oleh kaum lelaki.
Ini menimbulkan perdebatan di antara netizen samaada tali leher tersebut boleh digunakan atau tidak namun majoriti tetap dengan pendirian mereka mengatakan ianya tidak boleh digunakan.
Aku tgk org lg ramai komen tie duck marvel tue tak lawa berbanding tau hukum silk (sutera) haram utk lelaki
— Nur Amalina (@aman_wsc) June 17, 2020
Mungkin x baca description (husnuzon) @ mungkin mmg xtau hukum
So sekarang sekarang keme nak buat apa dgn tie ready stock tue?
Setahu aku, lelaki bole pakai silk kalaw Ade campor dengan bahan lain. Contoh, silk dengan kain lain. Tapi kalaw totally silk tu yang tak boleh. #cmiiw 😅😅😅
— RUZZA (@Zzz12118199) June 17, 2020
Perkara ini kemudiannya sampai kepada pihak pengurusan dUCk. Mereka akhirnya bertindak menarik balik penjualan penjualan tali leher tersebut manakala wang pembayaran yang sudah dibuat akan dipulangkan kembali kepada para pembeli.
Semua tie removed dari website 👍🏻 pic.twitter.com/Tl6td4ECHc
— reen (@azreenmn) June 17, 2020
Dalam masa sama pihak dUCk juga dilihat memohon maaf atas kekhilafan mereka kerana terlepas pandang mengenai pemilihan kami dalam pembuatan tali leher berkenaan.
Difahamkan pengurusan dUCk memutuskan untuk menghadiahkan tali leher ekslusif tersebut kepada petugas barisan hadapan lelaki yang bukan beragama Islam bersempena sambutan Hari Bapa nanti.