fbpx
Now Reading
India Bakal Sekat Aplikasi Dari China

India Bakal Sekat Aplikasi Dari China

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Masyarakat dunia baru ini digemparkan dengan kematian membabitkan puluhan askar India dan China susulan ketegangan di antara kedua negara di perbatasan negara mereka.

Susulan ketegangan yang dilihat semakin meruncing, pegawai perisik India (Indian intelligence officials) menerusi Majlis Keselamatan Negara India bertindak menyekat penggunaan beberapa aplikasi telefon pintar yang dihasilkan China dikhuatiri mampu menggugat keselamatan negara mereka.

Menerusi senarai yang dikeluarkan mereka terdapat beberapa aplikasi besar yang kerap digunakan pengguna internet di sana diantaranya aplikasi Tiktok , Wechat, UC Brower , Share It, Mi Store dan Mi Community yang berguna sebagai aplikasi maklum balas pengguna serta penjualan produk ekosistem peranti Xiaomi.

Selain aplikasi-aplikasi tersebut, aplikasi game Clash of Kings juga berada di dalam senarai 53 aplikasi yang bakal diharamkan pihak berkuasa India

Via TechNave

Jelas mereka bukan kebocoran data sahaja yang menjadi perhatian mereka malahan mereka khuatir aplikasi-aplikasi ini akan mungkin digunakan untuk melemahkan rangakaian internet jika berlaku sebarang ketegangan lagi di masa mendatang.

Sebelum ini kerajaan pimpinan Narenda Modi telah melarang penggunaan aplikasi Zoom samaada untuk tujuan mesyuarat mahupun pembelajaran susulan tahap keselamatan aplikasi ini yang dilihat rendah.

Manakala keputusan menyekat lebih 50 aplikasi masih belum diputuskan kepimpinan India sama ada membenarkan penyekatan tersebut atau mengabaikan gesaan dan nasihat agensi risikan mereka.

Terdahulu, sekumpulan developer di India telah menghasilkan aplikasi Android yang bertidak mengesan dan membuang sebarang aplikasi yang dihasilkan China yang diberi nama Remove China Apps.

Aplikasi yang sudah di muat turun lebih 5 juta pengguna ini bagaimanapun ditarik keluar dari Playstore oleh Google kerana dikatakan melanggar polisi mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.