fbpx
Now Reading
“Siapa Sangka.. Terbaiklah!” – Netizen Terkejut Aznah Hamid Pernah Jadi Heroin Rajinikanth

“Siapa Sangka.. Terbaiklah!” – Netizen Terkejut Aznah Hamid Pernah Jadi Heroin Rajinikanth

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/Joeybpr/posts/10157453550533785

Cuba minta mana-mana rakyat Malaysia sebut satu nama pelakon tamil yang popular, jawapan kebanyakan mereka pasti sama iaitu, B Rajinikanth

Pelakon mahsyur dari Selatan India yang dikenali dengan nama ‘Superstar’ dan ‘Thalaivaa’ ini juga antara aktor di India yang mendapat bayaran tertinggi setanding ‘3 Khan’ iaitu Shah Rukh Khan, Salman Khan dan Amir Khan

Namun satu kenyataan yang kami rasa tak ramai orang tahu atau terlepas pandang. Selain filem Kabali, Bintang Kollywood ini sebenarnya pernah berlakon di Malaysia bagi filem Priya pada tahun 1979 dengan gandingannya adalah seorang pelakon Malaysia.

Orang yang kami maksudkan adalah pelakon veteran Aznah Hamid. Malah peranan Aznah juga agak penting dalam filem berkenaan iaitu selaku heroin kepada Rajinikanth.

Mungkin perkara ini sudah diketahui oleh orang lama, namun buat golongan muda-muda perkara ini nyata mengejutkan.

Malah vokalis kumpulan BPR, iaitu Joey yang boleh dikategorikan ‘otai’ menerusi satu perkongsian di FB memaklumkan yang dia hanya mengetahui perkara itu baru-baru ini.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen jelas terkejut dengan perkara berkenaan. Apatah lagi watak Aznah Hamid yang juga ibu kepada pelakon sheera iskandar tidak kurang pentingnya.

Memetik satu laporan Harian Metro pada tahun 2017, Filem Priya yang telah diterbitkan pada 1979 telah mengadakan pergambaran di tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Hong Kong.

Malah menurut Aznah, filem itu juga turut menampilkan aktres India ternama, mendiang SriDevi yang juga watak utama bernama Priya .

“Sempat juga saya berlakon dalam filem Tamil berjudul Priya (1979) dan hero saya adalah Rajinikanth. Filem itu dibikin di Malaysia, Singapura dan Hong Kong. Priya diterbitkan dalam dua versi bahasa, Kannada dan Tami yang juga menampilkan aktres Sridevi.

“Saya dan Rajinikanth menjadi hero dan heroin untuk versi bahasa Kannada. Berbelit lidah membaca skrip dalam bahasa itu tetapi mungkin kerana ketika itu saya muda lagi, senang nak ingat dialog. Ada jurubahasa yang menjelaskan jalan cerita dan dialog agar saya boleh faham,” katanya.

Selain Filem Priya, Aznah juga pernah ditawarkan peluang untuk berlakon di Hollywood dan Sinetron Indonesia namun semuanya terpaksa ditolak oleh wanita itu memandangkan dia berkeputusan untuk berkahwin awal sewaktu di kemuncak kareernya .

“Jika saya tidak cepat kahwin, entah-entah saya dah dapat offer di Bollywood, Hollywood dan Indonesia! Saya berkahwin pada umur 18 tahun ketika tawaran berlakon datang mencurah-curah.

“Berlakon sinetron sangat lama. Dua bulan berada di sana, hati saya tak tahan teringatkan anak di Malaysia. Jika tidak, mungkin nama saya sudah lama terpahat dalam industri seni di Indonesia,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.