fbpx
Now Reading
Selepas Dihentam Netizen Susulan Nama Sugu Pavithra Terpalit Kontroversi, Ini Penjelasan Individu Terbabit

Selepas Dihentam Netizen Susulan Nama Sugu Pavithra Terpalit Kontroversi, Ini Penjelasan Individu Terbabit

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mencetus fenomena apabila berjaya mengumpulkan beratus ribu subscriber dan jutaan tontonan hanya selepas beberapa bulan bergelar Youtuber, nama Sugu Pavithra semakin dikenali malah disenangi netizen Malaysia.

Apa sahaja kisah mereka pasti menjadi tumpuan media dan netizen disebabkan sikap low profile seperti resmi padi yang begitu dikagumi ramai.

Namun tular di media sosial selepas dikongsikan seorang pengguna Twitter, @AkaunAnon2 satu screenshot oleh seorang pengendali program stesen televisyen yang terkejut apabila pasangan Youtuber berkenaan meletakkan harga RM10,000 untuk sebuah program masakan.

Malah menerusi screenshot tersebut, individu terbabit turut mendakwa amaun tersebut sebenarnya hampir menyamai bayaran cef terkenal, Datuk Datuk Redzuawan Ismail atau mesra dikenali sebagai Chef Wan.

Tidak mahu terlibat sebarang program TV

Sugu Pavithra kemudiannya menjelaskan dia berbuat demikian memandangkan dia dan suami sememangnya tidak mahu terlibat dengan sebarang program TV disebabkan jadual mereka yang padat .

Menerusi Gempak, Sugu turut berkata yang mereka berdua ketika ini hanya meletatakkan fokus kepada keluarga dan penghasilan video masakan bagi saluran YouTube mereka.

Tiada pihak pengurusan semua urus sendiri

“Sekarang ini kami tidak henti-henti menerima permintaan daripada orang untuk menemu bual dan tawaran untuk buat program masakan. Sebenarnya, kami tidak mempunyai pihak pengurusan untuk uruskan. Semuanya diuruskan sendiri.
 
“Jadi, jadual kami memang padat. Kami tidak mempunyai masa yang banyak selain perlu menguruskan keluarga. Jadi, apabila pihak berkenaan seperti mendesak mahu kami lakukan, saya terus cakap harga sebegitu.

“Tak mahu keluar di televisyen. Kalau boleh biarlah kami fokus dengan video masakan untuk dimuat naik di YouTube sahaja, cukuplah.
 
“Kami pun perlu hasilkan video setiap hari untuk channel kami, memang tak cukup masa,” jelas Sugu lagi kepada Gempak.

Netizen berang dan hentam individu terbabit

Susulan dari itu netizen kemudian bertindak menghentam personaliti televisyen berkenaan atas perkongsiannya. Terdapat juga segelintir yang berpendapat dia seolah sengaja menjatuhkan reputasi Sugu Pavithra kerana dia turut menyebut menyebut nama mereka secara terang-terangan di dalam status IG story nya.

Bukan rancangan TV sebaliknya untuk saluran Youtube

Terbaru menerusi laman Instagramnya wanita ini tampil menjelaskan bahawa tawaran tersebut sebenarnya untuk satu program masakan di Youtube yang melibatkan kliennya dan bukan program TV seperti yang didakwa orang ramai.

Tambahnya dia sendiri tidak pernah memaksa mereka untuk menerima tawaran berkenaan.

Mengaku silap kerana menyebut nama

Mengakui kesilapannya kerana menyebut nama mereka di status IG Storynya, wanita berkenaan bagaimanapun menyangkal dakwaan dia menafikan hak Sugu Pavithra untuk meletakkan bayaran RM 10,000 .

Malah dia menghormati harga yang dibuka dan bertindak membatalkan hasratnya menjemput mereka disebabkan kekangan kewangan

Dia cakap rate dia 10k untuk 1 jam. I cakap tu da overbudget for my client. Then kami tamatkan perbualan.

Tambahnya Sugu Pavithra mempunyai hak untuk meletakkan berapa saja amaun dan dia juga berhak untuk memuat naik apa saja status di laman instagramnya

Pada kami isu ini seeloknya dibincangkan secara bersama tanpa melibatkan media sosial dan juga media. Apatah lagi ianya dilihat satu salah faham yang seharusnya tidak diperbesarkan.. Jadi nasihat kami gunakan platform media sosial sebaik mungkin.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.