fbpx
Now Reading
Tetap Datang Temuduga Walau Baru Kemalangan, Erma Fatima Ambil Pemuda Ini Atas Kecekalannya

Tetap Datang Temuduga Walau Baru Kemalangan, Erma Fatima Ambil Pemuda Ini Atas Kecekalannya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular satu video dash cam yang memperlihatkan seorang penunggang motorsikal di langgar lari oleh sebuah kereta jenis Proton Persona yang menukar haluan tanpa memberikan signal di sebuah jalan di ibu kota.

Impak dari perlanggaran telah menyebabkan mangsa tercampak jauh ke sebelah kiri jalan dan bernasib baik apabila kereta dibelakangnya sempat membrek dan turun membantu mangsa.

Namun siapa menyangka penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan berkenaan rupanya sedang dalam perjalanan menghadiri temuduga kerja di syarikat milik pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima.

Menerusi Instagram Erma berkongsi kepada pengikutnya kisah pemuda berkenaan yang menurutnya adalah seorang pemuda yang cekal.

Jelas Emma, dia begitu kagum apabila pemuda tersebut mahu temuduganya diteruskan sedangkan dia baru sahaja terlibat dalam kemalangan dan masih menahan sakit susulan dari kemalangan tersebut.

“Perjalanan dia ke pejabat aku untuk temuduga dan terbabit kemalangan. Yang melanggarnya lari… sebak aku kerana dia masih datang temuduga dalam keadaan berdarah semata-mata untuk selesaikan juga temuduga dengan aku.

“Terketar-ketar dia depan aku menahan sakit. Aku suruh dia ke hospital namun dia tetap paksa aku untuk interview dia. Kau sangat cekal dik!

“Susah nak dapat orang secekal kau, dalam keadaan begitu kau masih usaha juga untuk hadir temuduga,” tulis Emma sebagai kapsyen.

Menerusi posting sama, Emma turut memuat naik video kemalangan berkenaan kepada pengikutnya dan turut menjelaskan yang pemuda mengalami patah tulang rusuk dan sedang dirawat dan memerlukan masa sebulan untuk pulih justeru dia rela jawatan tersebut di berikan kepada orang lain.

“Akak akan tunggu”

Namun atas kecekalannya, Emma menolak permintaannya dan sanggup menunggu anak muda itu pulih untuk mengambilnya bekerja.

“Aku dapat tahu tulang rusuknya patah dan hatinya bengkak. Dia mesej kata mungkin satu bulan lagi baru dia akan pulih. Dia suruh bagi saja jawatan tu pada orang lain katanya.

“Akak akan tunggu… kau lulus temuduga ini bukan kerana kau kemalangan tetapi kerana kecekalan kau dik. Moga begitu jugalah dedikasinya kau dalam mencari rezeki.

“Akak doakan kau cepat sembuh dan jawatan untuk kau sentiasa ada di syarikat akak. Akak tunggu!,” ujarnya.

Dia anak saya

Posting Emma bagaimanapun bukan sahaha menarik perhatian netizen malahan ibu kepada pemuda berkenaan. Dia turut berkongsi kepada orang ramai nama anak nya itu yang bernama Ahmad Muzammil .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.