fbpx
Now Reading
Lebih Berbahaya, Elak Guna ‘Hazard Lights’ Ketika Memandu Di Dalam Hujan

Lebih Berbahaya, Elak Guna ‘Hazard Lights’ Ketika Memandu Di Dalam Hujan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasti anda perasan kan yang musim hujan sudah mula melanda kebanyakan tempat di negara kita terutamanya di sebelah petang.

Best lah sejuk kan?

Benar memang sejuk tapi cuaca sebegini pasti sukar bagi mereka yang memandu terutamanya untuk perjalanan jarak jauh. Jadi demi ‘keselamatan’ ramai yang mengambil  ‘pendekatan tambahan’ dengan menggunakan lampu kecemasan supaya kenderaan lain dapat melihat mereka terutamanya sewaktu berdepan hujan lebat.

Namun sedarkah anda tindakan ini sebenarnya salah malah lebih membahayakan diri sendiri serta kepada pengguna jalanraya yang lainnya

Nak tahu kenapa?

Akibat daripada menyalakan lampu kecemasan semasa hujan lebat, kemalangan mungkin boleh terjadi kerana pengguna lain tidak dapat memastikan sama ada kenderaan anda sedang bergerak atau pun kenderaan anda tidak bergerak atau sedang berhenti.

Lebih teruk lagi, fungsi signal kenderaan anda juga akan terhalang apabila anda hendak menukar lorong. Betul kan?

Bagi mengatasi masalah ini, penggunaan fog lamp pada bahagian belakang boleh digunakan bagi membantu penglihatan yang lebih jelas kepada kenderaan anda.

Jadi sentiasa beringat! Jangan sesekali menggunakan lampu kecemasan anda bagi tujuan ini sebaliknya ia hanyalah untuk tujuan kecemasan sahaja! Sebagai alternatif gunakan lampu fog lamp yang terletak di belakang kenderaan anda.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.