fbpx
Now Reading
Nak Tahu Kenapa Kulit Anda Kering? Anda Mungkin Kekurangan Vitamin Ini

Nak Tahu Kenapa Kulit Anda Kering? Anda Mungkin Kekurangan Vitamin Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa yang tidak mahukan kulit yang cantik bukan? Namun sebagai seorang manusia biasa pasti ramai dari kita berdepan dengan masalah kulit kering yang kadang kala merimaskan

Semua ini terjadi disebabkan pelbagai faktor antaranya seperti keadaan cuaca dan persekitaran. Namun tahukah ada ianya juga mungkin terjadi disebabkan badan anda kekurangan vitamin tanpa anda sedari?

Vitamin yang kami maksudkan ialah Vitamin A, vitamin yang tidak dihasilkan oleh tubuh badan manusia justeru ianya perlu diambil menerusi pemakanan seharian.

Vitamin A secara amnya adalah kumpulan sebatian yang badan kita perlukan dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan jadi kekurang vitamin A akan menyebabkan sel kulit manusia cepat rosak sehingga gagal diperbaiki

Malah vitamin A juga penting untuk melawan dan mencegah keradangan disebabkan oleh masalah kulit jadi mereka yang kekurangan vitamin i tidak mustahil boleh berdepan masalah ekzema.

Jadi macam mana nak dapat vitamin A?

Sebenarnya banyak. Vitamin A boleh anda temui dalam pelbagai sumber makanan harian kita terutamanya benda ‘berhijau’ iaitu sayur-sayuran , susu dan telur.

Namun bukan hanya sayur hijau ok? Sayuran lain seperti keledek , labu dan lobak juga kaya dengan vitamin A yang mencukupi untuk keperluan badan harian tubuh badan anda.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.