fbpx
Now Reading
12 Orang Jatuh Sakit Di Jerman Gara-Gara Terbau Durian

12 Orang Jatuh Sakit Di Jerman Gara-Gara Terbau Durian

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Meskipun bergelar raja buah, tak semua orang sukakan durian terutamanya mereka di belah barat. Isi buahnya mengeluarkan bau dan aroma tersendiri yang kuat dan tajam walaupun kulitnya belum di buka.

Namun siapa menyangka, bau gas sebegitu boleh menyebabkan 12 orang jatuh sakit di Jerman.

Menerusi CNN, 12 pekerja pejabat pos di Schweinfurt, Bavaria jerman telah dirawat dengan 6 dari nya terpaksa dimasukkan ke hospital selepas mengalami loya dan dan mabuk teruk setelah menghidu satu aroma bau yang tajam dan kuat dari bungkusan parcel yang sebenanrnya mengandungi durian

Atas faktor keselamatan mereka kemudian memohon bantuan pasukan polis, bomba dan perubatan untuk memeriksa isi didalam bungkusan tersebut

Bau yang begitu mencurigakan menyebabkan polis berkeputusan membawa kesemua 60 orang baki pekerja yang berada di bangunan untuk keluar sebelum mereka dan pasukan bomba membuka parcel tersebut

“Oleh kerana kandungan bungkusan itu tidak diketahui dan tidak jelas, ia dianggap sebagai barang berisiko tinggi,” kata polis Schweinfurt dalam satu kenyataan

Hasil pemeriksaan ternyata ia hanyalah empat buah durian Thailand milik seorang penduduk Schweinfurt yang ingin dihantar kepada seorang rakannya yang tinggal di Nuremberg, Jerman.

12 pekerja yang mendapatkan rawatan di hospital itu mengadu loya. Enam yang lain pula dibawa ke hospital tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

Kejadian sebegini bukan kali pertama berlaku dimana sebelum ini sebuah perpustakaan di Universiti Canberra terpaksa dikosongkan kerana didakwa terdapat kebocoran sedangkan ianya sebenarnya datang dari bau sebuah durian

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.