fbpx
Now Reading
Kejutan Tak Disangka, Tangisan Pakcik Ini Dapat Hadiah Kereta Dari Anak-Anak Buat Netizen Sebak

Kejutan Tak Disangka, Tangisan Pakcik Ini Dapat Hadiah Kereta Dari Anak-Anak Buat Netizen Sebak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peluang menyambut hari bapa pada hujung minggu lalu pasti digunakan oleh ramai mereka yang begelar anak sebagai tanda terima kasih di atas pengorbarbanan si ayah yang memerah keringat mencari rezeki untuk keluarga.

Untuk Haziq Safwan Norzama dan enam lagi adik-beradiknya, mereka telah membuat satu kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta Proton Persona kepada ayah mereka.

Namun kejutan tersebut bukan sahaja membuatkan ayah mereka menitisikan air mata malah turut membuatkan ramai netizen sebak melihat reaksi spontan ayahnya

Menerusi Twitter, Haziq berkongsi video sewaktu kejutan tersebut kepada orang ramai

Menurut Haziq kali terakhir ayah mereka menitiskan air mata adalah sewaktu dia mendapat keputusan SPM cemerlang 10A 7 tahun lalu.

Malah perkara itu agak mengejutkan mereka adik-beradik memandangkan ayahnya seorang jenis yang kuat melawak.

“Pertama kali saya tengok ayah menangis sewaktu saya mendapat keputusan 10A dalam SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) kira-kira tujuh tahun lalu.

“Masa saya turun dari pentas di sekolah selepas ambil keputusan SPM, saya nampak mata ayah merah berair ketika buat panggilan telefon dengan nenek saya (kini arwah) untuk berkongsi berita gembira tu. Itulah kali terakhir saya tengok ayah nangis,” katanya kepada mStar.

Reksi spontan ayahnya turut membuatkan mereka 7 beradik turut menitiskan airmata namun si ayah berjaya di tenangkan oleh seorang abang mereka.

“Saya sendiri pun bergenang air mata masa rakam video. Nasib abang yang peluk ayah tu seorang yang tenang, dan dia cuba menenangkan ayah. Yang lain-lain tak dapat tahan, menangis dah.

Via Mstar

Kejutan dari 7 beradik ini bersama ibu mereka difahamkan memandangkan kereta lama milik ayahnya telah rosak dan sudah tesadai selama setahun lalu.

Malah ianya juga sebagai hadiah anniversary ibu bapa mereka yang ke 33 pada Mac lalu

Graduan dari University Of Leeds itu kejutan mereka nyaris diketahui si ayah  namun mereka berjaya memperdayakannya

“Ye lah, penat memandu dan perjalanan jauh dari Kuantan ke Ipoh, lepas tu keluar untuk sarapan. Bila dah sampai tu yang ayah terkejut sampai menangis.

“Tapi kami memang keluar makan dengan kereta baharu tu dan minta ayah pandu untuk rasmikan. Tapi ayah masih dalam terkejut dan beremosi, minta saya yang drive. Ayah kata dia nak bertenang dulu,”jelasnya lagi.

Video tular tersebut benar-benar membuatkan ramai netizen berasa sebak melihatkan reaksi spontan si ayah. Malah ramai meluahkan rasa bangga dengan usaha Haziq dan adik-beradiknya dalam menggembirakan si ayah sempena hari istimewa tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.